Thursday, August 02, 2012

Al-Hamdulillah... ^_^

Gembira rasa hati ini kerana kita semua (bagi yang beragama Islam) telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa dengan jayanya... Hari ini kita sudah pun memasuki 13 Ramadhan 1433H dan kita sudah memasuki fasa pertengahan Ramadhan.. Hari Isnin ini adalah merupakan Nuzul Al-Quran dan aku akan cuba untuk menghabiskan bacaan Al-Quran aku di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini... Oh ya, di TV1 ada disiarkan drama penuh dramatik dan tragis, yang berjudul Baitul Rahmat... Ini adalah sipnosis drama ini...



SINOPSIS BAITUL RAHMAT (TV1)
Kisahnya bermula apabila Hashim, Hanim dan Husna bergaduh besar untuk menentukan siapa yang patut menjaga ibu mereka, Maimunah yang sudah uzur. Hashim dan Hanim yang sudah berumahtangga memberi bermacam alasan hingga Husna akhirnya yang masih bujang akur menjaga Maimunah.

Namun Husna sebenarnya miliki niat jahat mahu membolot harta ibunya secara rahsia. Satu hari berlaku kejadian yang membuatkan Husna begitu marah terhadap ibunya. Dia kemudiannya menghantar Maimunah tinggal di rumah kebajikan Baitul Rahmat. Meskipun puas Maimunah memujuk namun anak kandungnya itu tetap dengan pendiriannya meninggalkan ibunya di situ.

Masa berlalu tidak pernah sekali pun Husna atau anak-anaknya yang lain datang melawat Maimunah. Walaupun sedih dia mula membiasakan diri tinggal bersama teman-teman senasib dengannya termasuklah Khalijah, Rahmah, Mak Cik Adibah, Hasnah dan juga Wan. Apatah lagi penyelia di situ menjaga kebajikan mereka dengan baik sekali.

Kepada merekalah dia meluahkan rasa sedihnya. Hampir tiap malam dia menangis, tetapi lama kelamaan dia boleh menerima yang anak-anaknya sudah pun melupakan dirinya. Cerita teman-temannya di situ lebih kurang sama dengannya. Anak-anak mereka boleh dikatakan berjaya dalam kehidupan masing masing, tapi apakan daya mereka menolak untuk menjaga orang tua sendiri.

Juriah,penyelia rumah orang tua tersebut cuba menceriakan hari hari di Baitul Rahmat dengan berbagai aktiviti menarik agar semua orang tua yang ada di sana tidak sedih. Mana tidaknya, Juriah dibesarkan di rumah anak yatim dan dia tidak pernah dapat merasa kasih sayang ibu bapa. Jadi kepada orang tua yang ada di sinilah Juriah menumpang kasih dan syukurlah, mereka semua hargai dan menerima Juriah dengan tangan terbuka.

Di situ Maimunah juga berkongsi kisah Hamidun yang ditinggalkan anak-anak di tepi jalan sebelum diterima tinggal di Baitul Rahmat. Nasib Hamidun lebih malang kerana hanya beberapa hari tinggal di situ, Hamidun meninggal dunia. Namun tiada seorang pun anaknya yang hadir menuntut mayatnya malah jenazah Hamidun dikebumikan di tanah perkuburan tanpa waris terletak berhampiran Baitul Rahmat.

Ramadan semakin berakhir. Ketika itu Maimunah mula jatuh sakit. Begitu pun tidak seorang daripada anak-anak yang datang melawat selain Husna yang memaksanya menukarkan nama terhadap harta yang dimilikinya. Malah Husna membohongnya untuk membawa dia pulang ke rumah.

Maimunah merana dengan tindakan anak-anaknya. Lalu bagaimanakah penyudah jalan hidupnya? Adakah dia senasib dengan Hamidun yang tidak dituntut mayatnya di Baitul Rahmat? Saksikan kesudahannya penghujung Ramadan ini di TV1.

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧