✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, August 23, 2012

Al-Hamdulillah... ^_^

Syukur Al-Hamdulillah, kami telah selamat sampai di rumah kami, syurga kami, Taman Salak Idaman... Kami ditemani oleh adik ipar perempuan kami yang bongsu kerana dia ingin beralih angin seketika setelah penat mengulangkaji dan menduduki peperiksaan SPM dia... Amboii... hehehe... Macam pembaca berita pula rasanya...Kalau ikut perancangan asal kami akan pulang pada hari Jumaat iaitu esok tetapi memandangkan adik perempuan aku ingin datang ke rumah pada hari Sabtu ini, kami terpaksa pulang awal ke rumah... Lagipun hubby ingin membaiki dan membuat service kereta kerana kami akan berangkat pulang ke Terengganu pada 31hb Ogos ini...  Hari raya pada tahun ini macam biasa seperti sebelum ini, bermacam jenis kuih dan pelbagai juadah dihidangkan... Macam di rumah mertua aku, mereka memang ada membuat ketupat nasi, satey ayam, satey daging, lodeh basah dan bermacam-macam kuih telah disediakan... Pada pagi raya, kami memang selalu ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama dengan orang kampung (Felda Palong 7 & 8), selepas itu bersiap-siap untuk bersalam-salaman dan bermaafan antara satu sama lain... Duit raya untuk kanak-kanak juga disediakan dan oleh kerana anak-anak saudara kami tidak ramai, aku dan hubby telah berpakat untuk memberi lebih sedikit duit raya kepada mereka....

Share:
Location: Sepang, Malaysia Kampung Geching Hilir, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧