✿Sahabatku✿

Follow

Saturday, September 01, 2012

Balik kampung...hoho balik kampung....


Al-Hamdulillah, akhirnya kami sampai di bumi Terengganu pada petang semalam tepat jam 5.00 petang dan macam biasa aku dan keluarga akan berkumpul di dapur untuk mesyuarat keluarga... Ahakss.. Gurau saja, tapi memang benar di dapur kami akan berkumpul dan berbincang tentang masalah masing-masing, bak kata orang, makan sampai berjam-jam hingga tidak sedar masa berlalu... Banyak perkara yang kami bercerita dan secara kebetulan bulan Syawal masih awal lagi jadi banyak juga rumah-rumah terbuka untuk beraya... Semalam kami sempat singgah di rumah nenek aku di Kemaman untuk melihat keadaannya.. Bila sampai di rumah nenek, kami terserempak dengan nenek saudara aku yang datang bersama-sama dengan keluarga dia.... Kebetulan juga mereka juga baru sahaja sampai di rumah nenek aku dan kami sama-sama melawat nenek yang sedang sakit... Memang sedih bila melihat keadaan nenek dan nasib baik 2 orang emak saudara aku yang menjaga dia... Kalau tidak aku pun tidak tahu apa yang akan berlaku... Nenek aku sudah tidak boleh bercakap kecuali satu perkataan, “mana..mana...mana?” hanya 2 orang emak saudara aku sahaja yang faham apa maksudnya dan apa yang dia mahu... hurmmm.... Hari ini aktiviti kami adalah membeli kain batik yang telah dipesan oleh emak mertua aku, kami singgah di pasar payang yang memang terkenal dengan penjualan barang-barang tradisional Terengganu... Akhirnya aku menemui apa yang aku cari selama ini... hehehe apakah barang itu? Ianya adalah rahsia kerana takut juga yang orang memikirkan perkara yang negatif terhadap aku... Tetapi ianya ada sejenis makanan dan rasanya memang sedap... Setelah penat membeli barang-barang, kami singgah di rumah emak saudara aku yang tinggal berhampiran dengan pasar payang, dan setelah meletak barang-barang, ummie mengajak aku dan hubby berjumpa dengan tabib cina atau lebih dikenali sebagai sensei di kedai ubat perkampungan cina, yang juga berdekatan dengan rumah emak saudara aku... Aku membuat rawatan akuapuntur untuk tangan aku yang sakit akibat sendi saraf... Hubby pula membuat bekam di bahagian belakang dan memang itu adalah kali pertama dia membuat bekam dalam seumur hidup dia... Selesai kami membuat rawatan, emak saudara aku juga mahu membuat akuapuntur dan memang ada perkara melucukan berlaku pada dia... Emak saudara aku menjerit-jerit ketakutan kerana melihat sensei tersebut mencucuk bahagian belakang dia tetapi dalam masa yang sama dia mahu membuat akuapuntur itu...hehehe... Bila selesai membuat rawatan, kami pulang ke rumah untuk solat Maghrib. Selesai solat Maghrib, aku bersama-sama dengan hubby dan adik ipar perempuan aku pergi ke I-City Terengganu, sama seperti I-City Shah Alam... Subhanallah, memang kreatif orang yang membina taman yang serba indah ini dan aku berbangga kerana Terengganu memang banyak tempat yang menarik untuk dilawati...hehehe (promosi sedikit tentang negeri kelahiran aku....) Pada pukul 9.30 malam barulah kami pulang ke rumah kerana hubby nampak keletihan akibat membuat bekam di bahagian belakang...
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧