Friday, October 26, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua saudara Islam...




Al-hamdulillah, kami selamat sampai di Terengganu pada pukul 11.30 malam tadi dan kami sempat singgah di kedai makan untuk menikmati makan malam... Pada mulanya hubby membawa kereta daripada rumah sampai di Hentian Kuantan... Setelah itu, aku pula mengambil alih untuk membawa kereta lantaran hubby kepenatan dan ditambah pula hari telah malam dan mata hubby silau bila cahaya lampu kenderaan lain datang... Al-Hamdulillah, sampai juga destinasi kami dan aku tidak melalui jalan Jabor sebagaimana biasa kami pulang, sebaliknya kami pulang melalui jalan pantai sahaja kerana pada masa itu, jalan Jabor gelap tanpa ada cahaya lampu jalan di tambah pula dengan kerosakan teruk pada jalan tersebut... Kami memakai baju raya berwarna oren dan nasib baik hubby ada baju melayu yang berwarna oren... Pada waktu pagi kami semua pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya dan selepas itu kami pulang ke rumah untuk menikmati juadah hari raya...Tapi berbeza sedikit dengan hari raya Aidilfitri, kami cuma membuat masakan ringkas sahaja, iaitu bihun goren kerana kami ingin memasak nasi dengan gulai kawah, ala...sama macam kenduri kahwin tapi ini untuk keluarga ini sahaja.... Kali pertama juga aku dan hubby dapat menunaikan ibadah korban dan hubby seronok dapat melapah daging lembu yang dikorbankan... Kedua-dua adik lelaki aku telah buat ibadah korban pada sebelah pagi manakala aku dan hubby serta dua orang ibu saudara dan bapa saudara membuat ibadah korban pada sebelah tengahari... Yang menggelikan hati kami ialah masa hubby mengasah parang untuk melapah daging, parang tersebut tidak tajam setelah beberapa kali diasah... Puas jugalah hubby mengasah menggunakan cara tradisional dan cara moden tapi memang tidak tajam... Bukan dia sahaja yang mengasah, tetapi adik lelaki ke3 aku juga menolong dia mengasah tapi parang itu tetap tumpul... Dengan parang itu jugalah dia melapah daging dan pertama kali dalam hidup hubby melapah daging, sangat menggelikan hati kami melihat... Aku cuma melihat sahaja gelagat mereka melapah.. Selesai melapah, kami membahagikan kepada 7 bahagian dan setelah itu kami membawa daging tersebut pulang ke rumah untuk diagihkan kepada orang miskin di kampung kami... Kami cuma mengambil 1/3 bahagian sahaja untuk dimasak dan selebihnya kami membahagikan kepada orang kampung... Masakan kami pula kami buat nasi putih dengan gulai daging kawah, daging masak merah, dan daging rendang... Hubby sempat berkata dengan aku yang dia rasa seronok bila dapat memasak beramai-ramai dan itulah kali pertama dia membuat ibadah korban dengan begitu meriah..Untuk pengetahuan semua, sekiranya ada majlis kenduri di rumah aku sedangkan tetamunya hanyalah ahli keluarga dan sanak saudara terdekat sahaja yang hadir, tetapi meriahnya sama macam kenduri kampung biasa, memang gamat dengan suara pekikan ibu-ibu saudara dan bapa-bapa saudara yang memasak dan mengupas bawang dan sebagainya... Aku pula berbangga dan gembira kerana dapat menggembirakan hati hubby kerana itulah kali pertama dia merasa hari raya Aidiladha di Terengganu dengan keadaan situasi yang sebenarnya... Memang betul apa yang kebanyakan orang berkata, di Terengganu dan Kelantan, hari raya Aidiladha lebih meriah jika dibandingkan dengan hari raya Aidilfitri... Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia... Aku juga doakan kesejahteraan kepada bakal-bakal haji dan hajjah di Mekah Al-Mukarammah, semoga mereka mendapat haji mabrur, Amin Ya Rabbal Alamin....

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧