Friday, November 23, 2012

Siri Komik Manga...




Hari Jumaat penghulu segala hari dan kita semakin menghampiri akhir tahun...Bulan depan semua kakitangan awam mendapat bonus tahunan dan Al-Hamdulillah dapatlah aku berbelanja lebih sedikit.. Matlamat aku sebenarnya adalah untuk membeli seluar slim 'n' fit yang ditayangkan di dalam tv, ini kerana seluar yang aku selalu pakai sudah rosak teruk dan tidak sesuai untuk memakainya lagi.. Bak kata P. Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapok, kalau tidak boleh dijual, boleh disimpan sebagai pusaka...hehehe... Memang teruk, tapi seluar itu telah memberi banyak jasa kepada aku... Hari ini juga seperti biasa aku dan pegawai atasan aku pergi ke Alamanda untuk membeli makanan, kalau yang tinggal di kuarters, memang mereka akan balik ke rumah tapi bagi kami yang tidak tinggal di Putrajaya, agak susah untuk pulang ke rumah... Setelah membeli makanan kami sempat singgah ke kedai buku untuk mencari bahan buku yang baru di pasaran, tapi semuanya tidak menarik perhatian aku... Aku memang gemar pada cerita yang mengisahkan pembunuhan, misteri dan cinta berbentuk Islamik... Sekarang ini hobi terbaru aku adalah mencari novel Islamik selain daripada membeli majalah Ujang atau majalah Apo... Aku sebenarnya mencari komik siri Sailormoon, Dragon Ball dan Doraemon tapi sekarang ini susah mahu mencari siri ini... Dekat mana aku perlu cari bahan bacaan ringan ini? Walaupun ramai yang berkata aku seperti kebudak-budakan kerana meminati siri kanak-kanak, tapi aku tidak kisah sangat kerana bagi aku, lain orang lainlah cara minat dan hobinya... Bahan bacaan kanak-kanak contohnya siri Doraemon, walaupun ianya kebudak-budakan tetapi siri ini selalu diselitkan dengan contoh tauladan yang baik, contohnya jangan berputus asa dalam apa jua perkara yang kita lakukan, jangan membazir masa dan bermacam-macam lagi tauladan yang diselitkan dalam siri itu... Begitu juga dengan siri Ultraman dan apa-apa cerita yang bagi sesetengah orang dianggap mengarut dan tidak logik, tapi kalau kita tengok dari segi dalamannya, ada terdapat kisah taudalan yang baik yang perlu dicontohi... Lagi satu, membaca dan melihat siri komik manga dalam bentuk buku atau rancangan tv sebenarnya boleh menghilangkan stress dan penat di office, sebab itu aku suka melayani cerita dan membaca siri komik ini... Okeylah, time to sleep... see you soon...

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧