Review : Ghost In Your Arms Again (2010)

Tuesday, January 08, 2013

Assalamualaikum,
Pada mulanya aku ingin masak daging masak kicap tapi hubby kata dia hendak makan nasi goreng jadi aku pun buat nasi goreng daging... hehehe malas hendak fikir sebenarnya...

Nasib baik aku sudah keluarkan daging itu siap-siap dan diletakkan di peti bahagian bawah, jadi bila aku balik dari kerja, daging itu tidak keras sangat...

Sekarang ini, aku tidak lagi pakai Astro di rumah sebaliknya aku memilih untuk pakai skybox dan yang menariknya semua channel dapat dilihat sampaikan hubby sentiasa tengok siri HBO, Cinemax dan Fox, kadang kala aku dapat tengok siri box office juga...hehehe...

Ghost In Your Arms Again (2010)

Baru-baru ini aku tengok filem Jepun yang bertajuk Ghost In Your Arms Again, di mana kisahnya adalah Nanami Hoshino, seorang pengusaha kaya, berkahwin dengan seorang pelarik lelaki yang bernama Kim Jun-Ho, merupakan seorang lelaki Korea dan mereka berdua telah hidup bahagia bersama. Kemudian, selepas satu bulan perkahwinan mereka, Nanami telah terbunuh dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Tragedi berdarah ini telah menyebabkan Kim Jun-Ho berasa amat kecewa dan sedih. Semasa di hospital, hantu Nanami telah bangkit daripada tubuhnya dan sejurus pertemuan dia dengan hantu kanak-kanak, Nanami sedar yang dia telah menjadi hantu yang tidak dapat kelihatan atau di dengar... Kemudian Nanami telah menyedari bahawa kematiannya adalah bukan secara kebetulan dan Jun-ho sebenarnya berada situasi yang bahaya. Disebabkan Nanami tidak dapat berkomunikasi dengan manusia biasa, dia meminta pertolongan daripada psikik tua yang bernama Unten dengan harapan dapat menyelamatkan Jun-Ho.

Filem ini memang best dan rasanya tidak rugi untuk menontonnya.. Dan satu lagi yang aku tengah tunggu, iaitu filem Minyak Dagu, rasanya macam best sahaja untuk ditonton...

okeyy, time to sleep...oyasumi, minna-san...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧