✿Sahabatku✿

Follow

Friday, March 22, 2013

Perpindahan bangunan


Minna-san, genki desu ka?

Bila agaknya kami semua hendak pindah ke bangunan baru?? Sekarang ini mood untuk berpindah semakin membuak-buak sehingga untuk membuat kerja sudah tawar rasanya..

Sebenarnya office aku ini akan berpindah ke bangunan baru di bahagian belakang office sekarang ini.. Bangunan baru ini betul-betul terletak bersebelahan dengan Balai Polis Putrajaya dan Hospital Putrajaya... 

Hari ini lain sedikit daripada hari Jumaat yang biasa kami pergi kerana hari ini adalah hari bacaan Yassin di bangunan baru dan makanan sudah tersedia dihidangkan..hehehe aku ini memang kuat makan tapi setakat sarapan pagi saja, sebab bila sudah masuk tengahari, perutku masih kenyang lagi, so kalau hendak makan, aku cuma membeli air kegemaran aku, iaitu Blueberry tea dan sandwich@apam balik....

Sejak akhir-akhir ini, perutku sentiasa kenyang dan waktu tidur pun selalu diawalkan... Jadi sekarang ini aku sudah jarang untuk tidur tengahari di office kerana 1) mata tidak mengantuk. 2) kerja banyak tapi sudah tawar hati (hehehe). 3) Mood untuk berpindah semakin memuncak...

:-) okey, time to sleep... oyasumi, minna-san....


Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧