✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, April 02, 2013

(Tips bayi) Masalah jangkitan fungal pada mulut bayi

Bagaimana keadaan jangkitan fungal di mulut bayi?
Jangkitan kulat di dalam mulut bayi dinamakan thrush. Banyak faktor yang menyebabkan jangkitan fungal itu. Pakar kanak-kanak mengatakan antara sebabnya ialah belum ada keseimbangan hormon apabila bayi mula mengeluarkan hormonnya sendiri.

Saya juga suka menasihatkan para ibu yang menyusukan anak  agar berhati-hati dengan penggunaan antibiotik atau ubatan herba yang dipindahkan melalui susu ibu. Bayi yang breastfeeding mudah dilanda jangkitan ini jika ibunya mengamalkan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor atau memakan herba (atau jamu) untuk melangsingkan badan.

Oleh kerana keputihan yang disebabkan oleh jangkitan fungal ini serupa dengan saki-baki susu, jadi bagaimana mahu membezakan?
Saki baki susu hanya menyebabkan keputihan di bahagian atas lidah saja. Tetapi jangkitan fungal thrush akan menyebabkan keputihan di seluruh bahagian dalam mulut, iaitu lidah, lelangit dan bahagian pipi dalam (buccal mucosa).

Thrush juga menyebabkan kesakitan kerana terdapat bengkakan (radang) di situ. Jadi bayi akan menangis kerana sakit ketika menyusu (sama ada botol atau breastfeeding).

Ibubapa juga boleh mencuba teknik ini. Masukkan jari yang dibalut dengan saputangan yang basah. Cuba sentuh dan alihkan keputihan itu. Jangkitan fungal thrush, susah ditanggalkan. Jika ia tanggal, kemungkinan meninggalkan luka atau sedikit pendarahan.

Jika keputihan itu boleh ditanggalkan tidak perlulah berjumpa doktor. Berikan saja banyak air masak kepada bayi, insya Allah akan hilang perlahan-lahan.

Jika kita mengesyaki bayi kita mengalami jangkitan fungal, maka berjumpalah doktor. Selalunya doktor akan memberikan ubat anti fungal yang harus dititikkan ke dalam mulut bayi. Bagi bayi yang breastfeeding, ubat itu boleh disapukan ke puting ibu sebelum menyusukan bayi.

Apakah langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan jangkitan fungal ini?
Jangkitan fungal ada kalanya memeningkan kepala kerana banyak sebab jangkitan ini boleh berlaku. Ada bayi yang mudah mengalaminya berbanding dengan bayi yang lain.

Dibawah ini ada beberapa tips yang mudah diamalkan untuk mengelakkan jangkitan fungal ini.

Antaranya ialah :
memberikan air masak selepas menyusukan bayi. Ini akan menanggalkan saki-baki susu yang mungkin tertinggal di ruang mulut. Saki-baki ini akan memudahkan jangkitan fungal.

Jika menyusukan anak secara breastfeeding, pastikan puting ibu dibersihkan dulu. Puting yang lembab di dalam bra selalunya menyebabkan jangkitan fungal.

Bersihkan puting botol menggunakan air yang mendidih sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Jika puting di payudara merekah, jangan sapukan krim antibiotik kecuali atas nasihat doktor. Bayi anda mungkin akan menyusu pada sebelah yang disapukan antibiotik tanpa disengajakan.

Jika bayi sakit, pastikan antibiotik yang diberikan kepada bayi anda adalah atas nasihat doktor. Penggunaan antibiotik yang terlalu lama juga boleh menyebabkan jangkitan ini.

Jika anda sendiri sakit dan memberikan susu secara breastfeeding, pastikan anda telah memberitahu doktor. Ada sesetengah antibiotik boleh sampai ke bayi melalui susu ibu.

Jika tidak pasti sama ada anak anda mengalami jangkitan fungal atau hanya mengalami keputihan disebabkan oleh saki-baki susu yang tertinggal, bawalah berjumpa doctor. Jangan membeli ubat dari farmasi kerana kebanyakan yang menjaga kaunter farmasi hanyalah ‘pembantu kedai’ yang tiada pengetahuan perubatan.

Adakah thrush merbahaya jika tidak dirawat?
Jangkitan fungal thrush tidaklah sampai menyebabkan kematian. Cuma masalahnya ialah apabila jangkitan ini menyebabkan kesakitan pada mulut. Bayi akan kerap menangis dan tidak mahu menyusu. Ini akan menyebabkan dehidrasi pada bayi.

Bayi juga boleh mengalami demam akibat dehidrasi. Doktor selalunya akan memberikan bayi ubat paracetamol untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan demam, selain daripada ubat antifungal.

Jika bayi mengalami demam yang semakin tinggi melebihi 101 darjah F / 38.2 darjah C, dan keputihan itu tidak berkurangan dalam masa seminggu, selalunya keputihan itu disebabkan oleh jangkitan kuman yang berbeza. Bukan lagi jangkitan fungal.

Jika bayi mengalami jangkitan fungal tentulah memenatkan ibubapa yang menjaganya. Kita merasa kesian melihat bayi yang menangis dan tidak boleh menyusu, tetapi janganlah putus asa memberikan rawatan. Semoga Allah memberikan kesabaran atas kesabaran kita.

Wallahu a’lam.

(sumber:drzubaidi.com)

Ingin mencuba Set Breastfeeding dari sumber semulajadi?
Klik sini -->> http://on.fb.me/14Ai0oM

Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧