✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, June 26, 2013

Apa Harus Buat Bila…


mengamuk Si kecil menendang dan mengamuk! Kemudian melemparkan barangan ke lantai kedai kerana anda tidak mahu membelikan apa yang diinginkan. Malunya rasa bila anak buat perangai macam tu depan orang ramai.
 




JANGAN LAKUKAN:
 
1.      Memberi alasan atau penjelasan panjang lebar kepada si kecil yang sedang mengamuk. Dia yang sedang marah tidak akan mendengar kata-kata pujukan.
 
2.      Jangan cepat naik angin dengan kelakuan anak. Ia akan membuatkan anak takut dan seterusnya mencontohi kelakuan anda.
 
3.      Jangan terlalu mengikut kemahuannya kerana ia hanya akan membiasakan si kecil mengamuk apabila kehendaknya tidak dituruti.
 
4.      Jangan berjanji akan memberi ganjaran lain jika dia tidak mengamuk. Ia akan membuatkan si anak terbiasa mendapat ganjaran apabila keinginannya tidak dipenuhi.
 
SEHARUSNYA:
 
1.      Bertenang menghadapi sikap anak yang sedang mengamuk. Usah hiraukan pandangan orang lain.
 
2.      Dukung anak apabila perlu untuk mengelakkan dia daripada terus merosakkan barang di sekitarnya.
 
3.      Tinggalkan segera kedai tersebut apabila si kecil masih mengamuk.
 
4.      Apabila anak sudah kembali tenang, jelaskan kepadanya bahawa anda akan keluar daripada kedai tersebut jika dia terus mengamuk.
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

>