✿Sahabatku✿

Follow

Saturday, June 29, 2013

Bermain Warna Rangsang Kreativiti


warna Pernah tak anda menjerit apabila ternampak si kecil sudah mula menconteng dinding dengan pensil warna yang anda belikan? Bertenanglah jika menghadapi kejadian tersebut. Jangan larang dan marah anak kerana dia sebenarnya sedang membina daya kreativiti.
 
Anak memang suka dengan sesuatu yang berwarna-warni. Dia mampu menghasilkan karya yang hebat jika anda memberinya kepercayaan. Bagaimanapun, anda tentu seram bila melihat bagaimana dia mengotorkan tangan dan bajunya dengan warna-warna tersebut.
 
Jangan larang anak daripada terus berkreatif. Berikan dia warna dan berus yang mudah untuk dipegang serta kertas untuk si kecil menunjukkan kreativiti dalam dunianya sendiri. Mungkin ini permulaan untuk si kecil belajar berkarya mengikut imaginasinya sendiri.
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧