✿Sahabatku✿

Follow

Saturday, January 11, 2014

Resipi Sup Ikan Salmon

Assalamualaikum...

Mesti bosan sebab kebanyakan entri saya berkisarkan info kesihatan sahaja, tapi hari ini ada kelainan sedikit sebab saya akan berkongsi resipi yang saya buat... Awak semua pernah atau tidak merasai sup ikan salmon? hehehe yang ini lain sedikit daripada resipi yang mungkin awak pernah dengar sebelum ini... Ini kiranya macam diet saya juga walaupun kadang kala harga ikan salmon membuatkan kita tertelan air liur sahaja. Tapi sekarang ini, ikan salmon boleh didapati dalam bentuk kepingan, jadi senang sedikit kerja saya untuk tidak menyiang ikan ini... Jadi, puan-puan inilah resipinya, hehehe apa orang kata, sharing is caring... 

Bahan-Bahan :

3 kepingan ikan salmon (tapi ikut suka hendak banyak mana bergantung pada kebesaran periuk)
2 labu bawang Holland (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
4 biji ubi kentang (dipotong empat)
Daun bawang
1 sudu besar minyak zaitun (tapi boleh pakai mana-mana minyak masak)
Sedikit air
Sedikit perasa Maggie Cukup Rasa
Sedikit lada sulah

Cara Masak :
Panaskan minyak terlebih dahulu dan masukkan bawang Holland serta bawang putih yang telah dimayang dan tumiskan bawang tersebut sehingga wangi. Kemudian masukkan air dan kepingan ikan salmon, renehkan dalam keadaan api sederhana. Kemudian, masukkan ubi kentang yang telah dipotong, perasa Maggie Cukup Rasa dan lada sulah dan renehkan sup ini dalam keadaan api sederhana atau sehingga ubi kentang empuk. Setelah itu, taburkan daun bawang. Selamat mencuba.

*Tips : Kebiasaannya ikan salmon berbau agak hanyir. Untuk hilangkan hanyir, kebiasaannya saya basuh kepingan ikan salmon ini dengan menggunakan limau purut dan rendam bersama-sama air limau purut ini dalam 15 minit, Insha Allah hanyir ikan ini akan hilang dan berbau limau purut.

Share:

1 comment:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧