✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, January 22, 2014

Tanda-Tanda Fobia

Assalamualaikum...

Awak semua ada ke tidak perasaan fobia terhadap sesuatu? Menurut kajian, penyakit fobia ini dikategorikan sebagai penyakit mental... Saya pun ada juga perasaan fobia ini, iaitu gayat bila melintasi jambatan yang panjang seperti jambatan Pulau Pinang, hehehe mesti awak semua rasa pelik, bukan... Tapi inilah realitinya, saya lebih rela naik feri untuk ke pulau jika dibandingkan melintasi jambatan itu, sebab memang fobia...Dalam pemikiran saya macam-macam gambaran terlintas dan membuatkan saya gementar seluruh badan... Sebenarnya ada lagi perasaan fobia saya tapi cukuplah setakat itu yang awak tahu... hehehe malu pula bila diceritakan tapi memang itulah realitinya... Adik lelaki saya suka mengusik saya takala kami pergi ke Pulau Pinang dan sengaja mendera saya dengan melintasi jambatan Pulau Pinang ini... huhuhu... Dalam entri ini saya hendak berkongsi tanda-tanda fobia, mana tahu salah satunya ada dialami oleh awak semua...

  • Corak pernafasan menjadi lebih cepat
  • Otot-otot menjadi tegang dan berpeluh-peluh
  • Takut terhadap objek, aktiviti dan situasi tertentu
  • Serangan berlaku secara berulang-ulang 
  • Mengalami tekanan kerana trauma selepas kejadian seperti bunuh atau rogol
  • Jantung berdegup laju
  • Sakit dada
  • Gementar
  • Pening kepala
  • Mulut terasa kering
  • Mahu ke tandas secara tiba-tiba
  • Merasa lemas dan akhirnya pengsan
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧