Yeay... Pesta buku antarabangsa kembali lagi

Saturday, April 05, 2014


Assalamualaikum...
Wahhh... Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur datang lagi di tahun ini... Pelbagai jenis buku dengan harga yang berpatutan boleh didapati di sini... Di masa inilah peminat-peminat buku akan datang memborong untuk mencari buku yang diidamkan... Saya pun salah seorang peminat buku juga tetapi mungkin kekurangan bajet akan menyekat pembelian saya... hehehehe tapi perancangan saya adalah untuk membeli sekurang-kurangnya sebuah buku... Memang rugi jika kita semua tidak pergi ke sana, lebih-lebih lagi jika kawan-kawan mempunyai anak yang sudah bersekolah atau di alam tadika tapi buku untuk baby dan kanak-kanak bawah 5 tahun pun ada juga dijual... Sebab masa inilah jualan buku yang berpatutan atau lebih diskaun kita akan dapat...

Opsss...Lupa pula hendak beritahu tarikh pesta ini.. Haa, awak semua buat reminder dekat tablet atau iPad atau telefon atau kalendar masing-masing yea agar tidak lupa pada tarikh ini... Pesta ini berlangsung pada 24 April sehingga 4 Mei 2014, catat yea semua..!

Jaa mata nee, minna-san... oyasumi...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧