✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, May 21, 2014

Resipi Ketupat Sotong Terengganu





Yeayyy....Musim candat sotong telah kembali.... Rasa seronok sangat sebab dulu saya penah mencandat sotong dan dapat makan hasil tangkapan sendiri...Sejak duduk kat Salak Tinggi nie, memang susah nak buat perancangan untuk mencandat sotong sebab satu ; kekurangan masa bercuti, dua ; selalunya masa nielah tempahan untuk bot memang fully booking.. adoiii...

Well, takpelah, sempena dengan musim mencandat sotong nie, saya nak berkongsi sikit pasal makanan tradisional Terengganu iaitu ketupat sotong... Nie lah rupanya ketupat sotong, kalau kat sini memang susah nak dapat, lebih-lebih jika sotong tue kecik... Ianya lebih enak dimakan bersama dengan sotong yang besar... Saya akan berkongsi resipi nie untuk awak... nanti awak suma bolehlah mencubanya di rumah...
Bahan-bahannya :
  • 1 kg sotong (sederhana besar) - dibuang kulitnya
  • 200 gram beras pulut - direndam dengan 2 cawan santan selama 1 jam
  • 3 cawan santan pekat - untuk kuah
  • Sedikit halba
  • 2 cm halia - dimayang
  • 3 ulas bawang merah - dimayang
  • Gula, garam dan perasa.
  • lidi yang mencukupi

Cara membuat : 
Tanak beras pulut yang telah direndam bersama santan sehingga masak dan biarkan sejuk. Masukkan beras pulut 3/4 ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi dihujung kepala sotong. Ketepikan. Masukkan bawang, halba, halia,garam dan gula serta santan pekat dalam periuk. Kemudian,masukkan sotong dan kacau atas api yang sederhana sehingga sotong masak. Sedia untuk dihidang.

Nanti awak suma bolehlah mencubanya yea... Bila dah taip resipi nie, rasa macam nak buatlah nanti... tapi tue la, duduk sorang-sorang rasa macam tak best la pulak... nantilah adik-adik saya datang ke rumah, saya akan mencuba resipi nie...Maklumlah dulu-dulu saya agak culas di dapur tolong ummie masak, sekarang haaa...terkial-kial nak masak masakan tradisional...
 
Jaa mata nee...
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧