✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, May 07, 2014

Sekali lagi pasal makanan kegemaran... Rojak Betik...


 Hari nie saya nak berkongsi resipi salah satu makanan kegemaran saya.. Masa saya di zaman sekolah rendah dulu, setiap hari Khamis ummie saya pasti akan singgah di gerai jual makanan seperti pisang goreng, keropok goreng dan rojak betik... 

Rojak betik nie sedap dimakan begitu saja dan bila cuma tinggal kuahnya saja, nak hirup macam tue pun boleh, nak cicah dengan keropok keping pun boleh... Nie lah rupanya rojak betik tue...Saya tak pasti kat sini ada ke tak yang jual rojak betik nie... nak tahu resipinya? Jom...



Bahan-bahannya :-
1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun

Bahan untuk Kuah :-

9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air


Cara Membuatnya:-
Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi. Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis-nipis.


Untuk membuat kuah :-
Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan akan berketul-ketul. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.

Untuk menghidang :-
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan...




Selamat mencuba yea...wahh...meleleh pulak air liur nie...hehehehe... jaa mata nee...









Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧