✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, September 17, 2014

Berita sedih melanda opis... Innalillahiwainnailaihirojiun

 


Assalamualaikum,

Al-Fatihah untuk arwah adik Arissa Sofea Binti Mohd Azwan, anak kepada sahabat saya Aisyah Jaharadak... Akak harap Aisyah akan tabah dan kuatkan semangat dalam ujian Allah ini, dalam masa 2 tahun berturut-turut Aisyah ditimpa ujian Allah... Tahun lepas, suami sahabat saya ini meninggal dunia akibat kemalangan dan pagi ini, diberitakan bahawa adik Arissa pulak pergi menyusul mengikut arwah ayah dia... Arwah Arissa meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi tadi akibat jangkitan kuman dalam paru-paru... Umur arwah adik Arissa baru berusia 3 tahun 5 bulan, jadi syurga adalah tempat yang pasti untuk arwah adik Arissa...

Sedih jugak bila mendengar berita sedih nie, yealah, tahun lepas suaminya meninggalkan dunia di kala dia masih di dalam pantang bersalin, tahun nie pulak anak istimewa kesayangan dia pulak pergi meninggalkan dunia... Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan, dan itulah takdir Allah... Saya tak tahu macamana nak menggambarkan perasaan sahabat saya di kala ini yang memerlukan kesabaran dan ketabahan yang amat tinggi sekali dengan ujian ini... Ya Allah, berikan sahabatku kekuatan dan ketabahan hati dalam menerima ujian dariMu Ya Allah... Tinggikan darjat sahabatku ini kerana bersabar dengan ujian dariMu Ya Allah... Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh arwah Arissa tenang di sana dan ditempatkan di kalangan ahli syurga...Semoga Aisyah tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan dan ujian dari Allah... Amin...



              Al-Fatihah







Share:

2 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun...Salam takziah kepada kluarga arwah....Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirojiun... Al-Fatihah... Syurga adalah tempat yang pasti untuk arwah adik Arissa..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧