Thursday, October 02, 2014

Cerita pada hari nie....



Assalamualaikum…
Adoiii… penat giler malam nie setelah membeli belah di Mydin, beli barang-barang keperluan untuk esok, lusa dan tulat…Pagi esok ummie dan Iwan akan memulakan perjalanan dari K.Terengganu menuju ke Salak Tinggi…Saya pulak ditugaskan untuk mengambil Azie di Ampang pada petang esok… Mesti esok kat opis akan menjadi sunyi kerana ramai yang telah mengambil cuti rehat sempena dengan perayaan hari raya Aidiladha pada hari Ahad nie… Dan mungkin petang esok lagi ramai staf yang mengambil halfday sebab nak balik kampung… Saya pada mulanya memang bercadang nak ambik halfday tapi Azie still lagi mengajar di sesi petang dan habis kerja pada pukul 6.30pm… Nak tak nak, saya takleh ambik halfday…Ummie dan Iwan akan dijangka sampai kat Salak Tinggi pada pukul 4.00pm sebab kereta baru takleh bawak laju-laju, kata ummie… hehehe wahhh seronok dapat naik keta baru, kereta saya sekarang sudah jadi kereta lama, hehehehe lama ke? Usianya baru nak menjangkau 1 tahun jadi takdelah lama mana kan…

Rasa seronok bercampur baur dengan rasa sedih…Rasa seronok kerana for the first time, my family are celebrating Aidiladha out of my hometown, rasa sedih sebab Naim’s family tak dapat ikut, jadi saya tak dapat jumpa budak botak tue…huhuhu sedihnya tapi tak mengapa, Insha Allah kita akan berjumpa lagi nanti….Camne persiapan raya awak semua? Hati-hati tau semasa nak balik ke kampung masing-masing… Jangan lupa check apa yang sepatutnya, yealah langkah keselamatan perlu dititikberatkan… Pastikan segala-galanya berada di dalam keadaan yang selamat, maklumlah malang tak berbau… Hehehe dah rasa macam iklan dalam tv la pulak kan… Awak suma ada tema raya ke pada tahun nie? Atau ada di kalangan kita nie yang buat ibadah korban? Saya dah buat ibadah korban nie pada dua tahun lepas dan Insha Allah yang lain-lain akan menyusul… Rasa seronok pulak bila buat ibadah korban nie… Masa kecik-kecik dulu, yang saya tahu makan dan makan dan makan daging lembu yang dikorbankan, tapi bila dah terlibat dengan ibadah korban nie, perasaan seronok dan teruja lebih beremosi lagi jika dibandingkan dengan zaman budak-budak….

Pengertian korban bagi saya adalah bila kita melakukan sesuatu bukan kerana sesiapa, tapi kerana Allah dan kita ikhlas untuk melakukannya tanpa sebarang syak wasangka dan berprasangka buruk… Macam situasi saya sekaranglah, well the people say, life must go on... Walau sebesar mana pun masalah kita, kita tetap masih lagi bernafas di bumi Allah yang maha cantik nie…Dan jantung kita masih lagi berdenyut dengan irama yang sungguh mengasyikkan walaupun kita sering ditimpa sebarang masalah… Cuma atas kitalah camne nak selesaikan masalah nie dengan berfikiran yang waras dan rasional… Sebagai umat Islam yang percaya pada Qada’ dan Qadar Allah, kita mesti yakin bahawa apa yang berlaku atas diri kita sebenarnya Allah menyayangi kita lebih dari segala-galanya, Allah cuma mahu hambaNya mengingati Dia takala di waktu senang dan susah..Jangan pulak kita ingat dan bersujud pada Allah takala kita ditimpa kesusahan saja… Kita kena sentiasa ingat pada Allah dan percaya dengan Qada’ dan Qadar, itulah yang saya lakukan sekarang… Memang masalah kita amat memenatkan kepala otak tapi itulah lumrah kehidupan, dan bukan kita saja yang mempunyai masalah, malah hidupan yang lain juga mempunyai masalahnya yang tersendiri, tapi Allah bagi anugerah pada kita yang tak ternilai harganya, iaitu akal… wahhh cik Shikin, dah jadi macam ustazah yang pandai berpidato nampaknya, hehehe… Saya berbicara pun disebabkan saya pun mempunyai masalah tapi Al-Hamdulillah saya dapat atasi masalah tue dengan hemah dan saksama…

Panjang pulak coretan malam nie, apa-apapun saya nak berpesan pada awak semua agar berhati-hati semasa memandu nak balik kampung sebab malang tak berbau, mana yang nak potong line atau barisan tue atau guna jalan emergency tue, saya harap jangan lah buat camtu pada rakan-rakan yang lain sebab tujuan kita pun sama jea, masing-masing nak sampai di destinasi masing-masing….Kalau ada kemalangan, susahlah pihak berkuasa nak jalankan tugas mereka sebab awak dah sekat laluan kecemasan tue…so berikan kerjasama awak suma pada mereka yang memerlukan bantuan, tak perlu nak mementingkan diri sendiri… Dah macam iklan keselamatan jalan raya la pulak, bukannya apa, saya tengok rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di area Salak Tinggi, Dengkil, Kota Warisan dan sewaktu dengannya menghadapi masalah yang sama, pemandu yang mementingkan diri sendiri, suka potong line, lebih-lebih kat tempat traffic light simpang empat Dengkil, Salak Tinggi, Bangi dan Banting… Sakit hati rasanya bila melihat ada beberapa buah kereta, kadang-kadang lori atau bas yang memotong barisan kerana nak cepat sampai di destinasi masing-masing, yang lori tue ikut trip la…Kita yang berbaris di barisan kadang-kadang terpaksa mengalah lebih-lebih lagi jika lori yang memotong barisan, adoiii senak hati saya nie…Memang pagi dan petang mesti ada yang menyumpah-menyumpah kerana sikap pentingkan diri sesetengah manusia, saya pun kadang-kadang naik angin jugak bila kena camtu, selalunya saya memang tak bagi mereka potong barisan tapi jika yang memotong tue sebuah lori atau bas, terpaksalah mengalah, jika kereta pulak saya memang tak beri peluang untuk mereka memotong barisan…

Okeylah, rasanya masa pun dah larut malam dan sudah sampai masanya untuk saya merehatkan diri… Insha Allah kita akan berjumpa…Jaa mata nee.. Oyasumi minna-san…


No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧