Wednesday, October 01, 2014

Genap 13 tahun berkhidmat... yeayyy... ^__^

Assalamualaikum....

hehehe for the first time, entri kali kedua saya buat dalam masa satu hari... Well, lupa nak bagitau pada awak semua, hari nie 1hb Oktober 2014, genap 13 tahun saya berkhidmat di dalam bidang kepustakawanan di sektor kerajaan... Syukur Al-Hamdulillah kerana saya masih lagi sihat untuk berkhidmat pada rakyat dan negara, dan secara rasminya saya akan dilantik sebagai Pembantu Perpustakaan Kanan gred S22 secara hakiki tak lama lagi, sebab sudah cukup service dalam perkhidmatan... hehehe syukur Al-Hamdulillah... Tue kenyataan 'rasmi' dari saya, belum lagi kenyataan rasmi dari pihak atasan dan Insha Allah saya masih lagi menetap di JBPM, sebab kat sini ada perjawatan gred S22... Yeaaayy.... Jadi saya tak payahlah nak berpindah keluar... Al-Hamdulillah, senang hati saya sikit.....

Kejap aje masa berlalu, rasa macam baru seminggu saya bekerja walhal dah 13 tahun berlalu... Daripada seorang penganggur, kini sudah berbangga dengan kehidupannya sendiri dan mempunyai matlamat hidup... Dulu, time sekolah tak kiralah sekolah rendah dan menengah, saya bukan jenis yang suka pergi ke perpustakaan, nak pinjam buku pun cukup payah, tapi kiranya macam saya nie ulat buku jugak lah... Saya lebih berminat pada bidang arkeologi sebenarnya, penah jugak mintak kerja sebagai pembantu muzium tapi oleh kerana subjek sejarah saya semasa SPM dulu, suam2 kuku jea, hasrat tue terbantut, alih2 kerja di bidang perpustakaan pulak yang sangkut... First2 kerja saya dah bermastautin di KL dan macam2 karenah, ragam, pengalaman yang saya perolehi,... culture shock lah jugak masa tue, yealah... sebelum nie saya hanya kenal karenah kawan2 sahaja, jadi kita boleh agak yang mana baik dan yang mana buruk, bila jumpa ramai orang nie, memang tak terfikir langsung di kotak pemikiran saya.... Al-Hamdulillah, saya masih lagi bertahan di bumi Allah yang maha cantik nie.... Sekarang pun saya masih bermastautin di bumi Selangor, tapi rasanya dah jadi penduduk tetap bumi Selangor dah sebab dah beli rumah di Salak Tinggi.... Walaupun saya dah jadi penduduk tetap di negeri lain, hati saya tetap bertapak di bumi Terengganu Darul Iman, tanah tumpahnya darah saya...

Oh, ya! Awak suma jangan lupa tau like page fesbuk bisnes saya https://m.facebook.com/lunamoon.stores yea... hehe saja nak meramaikan page tue, mana tau kot2 awak terlekat salah satu produk yang saya jual.... Jaa, mata nee....



No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧