✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, October 22, 2014

Salam ceria... ^_^


Selamat hari Rabu dan salam ceria semua...
Sori banyak2 sebab saya tak dapat nak update entri baru2 nie disebabkan saya mengikuti kursus kaunter selama dua hari di opis saya nie...hehehe Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah saya telah berjaya mendapat tujuh hari kursus dalam setahun...Fuhhh memang happening btul kursus kaunter kali nie, tapi yang tak seronoknya tang makanan, walaupun sedap tapi sebab tak mencukupi, dengar citer katering yang diambil adalah yang baru mendapat kontrak dan bukannya katering yang selalu diambil kontraknya iaitu Surimas...







Well nie la gambar-gambar yang sempat di snap oleh member opis saya... Macam2 aktiviti yang kami jalankan antaranya yang famous main permainan “benggong2”... hehehe bukannya gelaran pada orang tau, tapi satu permainan di mana kami dikehendaki mempunyai 3 orang rakan dan kami perlu melakonkan babak di mana bila fasilitator nie berkata, jadi “fire”, rakan yang tengah perlu melakonkan babak bunyi siren bomba iaitu “benggong2” manakala dua lagi rakan perlu melakonkan babak memancut air...kemudian bila fasilitator berkata jadi “bomba”, rakan yang tengah perlu lakonkan babak makan tembikai, yang dua rakan lagi perlu lakonkan babak membuang biji tembikai...hihihi tue salah satu permainan yang kami buat, ada jugak kami buat simulasi lakonan, buat tarian chicken dance dan macam-macam lagi...

Oh ya! Sempena dengan cuti perayaan Diwali nie, saya nak ucapkan “Selamat Hari Diwali” kepada rakan2 yang beragama Hindu... Awak suma pergi mana hari nie? Saya baru aje bercadang nak beli sikit barang dapur tapi sekarang nie hujan pulak turun diikuti dengan ribut petir yang kuat, kadangkala gerun rasa di hati bila mendengar dentuman guruh yang amat kuat petir sabung menyabung...Tak terbayang di fikiran bila ribut yang kuat melanda di negara2 lain, dengan kerugian yang berjuta-juta dolar tue, Ya Allah....

Okeylah, setakat dulu entri saya hari nie sebab bunyi guruh semakin kuat, Insha Allah kita akan berjumpa lagi di lain entri... Jaga diri awak yea... Jaa mata nee...
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧