✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, November 18, 2014

Nampak sedap kan makanan nie... ^__^






Salam ceria di hari Selasa yang indah walaupun selalu hujan di waktu petang, hehehehe... Saya pun tak tahu napa entri kali nie banyak berkisarkan pasal makanan tapi bak kata omputih, sharing is caring, rite? So kali nie, saya nak berkongsi entri pasal mufin telur atau egg muffin... Caranya pun mudah dan ringkas saja resipinya, sesuai sangat pada mereka yang mempunyai kesuntukan masa... Saya pun memang peminat tegar mufin telur atau tart telur, nak buat memang renyah dan susah...huhu tapi bila saya jumpa resipi nie, rasa macam nak buat tapi hehehe awak suma tahulah camne perangai saya kan... So, kita tengok apa bahan-bahannya... 



- Bawang kuning dicincang halus
- Tomato dicincang halus
- Bawang besar dicincang halus
- Keju disagat
- Cili hijau
- Daun ketumbar segar

- 6 biji telur (dipukul dengan 2 sudu besar susu segar dan lada hitam)
* Nota : Awak boleh menambah ayam atau daging tanpa lemak lain, bayam, keju ricotta, paprika, dan banyak lagi mengikut citarasa awak sendiri (ayam @ daging direbus terlebih dahulu)


See, nampak ringkas aje kan bahan-bahannya... Sekarang, kita tengok pulak camne nak buat mufin telur nie...


Panaskan ketuhar pada 200C. Gris tin mufin anda. Tambah sayur-sayuran pilihan anda bersama-sama dengan keju (pilihan anda), tuangkan adunan telur dipukul di atasnya. Letakkan kuali muffin atas rak tengah ketuhar yang dipanaskan dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga muffin adalah coklat terang, bengkak, dan telur pejal. Biarkan mufin sejuk selama beberapa minit sebelum mengeluarkan dari kuali muffin atau cawan. Longgarkan perlahan-lahan dengan pisau jika mereka seolah-olah melekat. Sedia dihidangkan...

 

Hehehe camne? Awak suma boleh salin resipi nie kalu rasa macam berminat nak buat, tentu anak-anak akan suka makan mufin telur nie...Nampak ringkas dan berkhasiat, kan...Cubalah... Okey. kita jumpa lagi yea...  
Share:

4 comments:

  1. Wahh...bleh cuba nie...thx for sharing...

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing Shikin...

    ReplyDelete
  3. Nmpk sedap..yum..yum...

    ReplyDelete
  4. Ermm..nmpk senang aje resipi nie.... :-)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧