✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, December 03, 2014

Nie bab kucing... ^_^

 



 Okey, kita tinggal kejap bab makanan, kita akan beralih ke bab kucing pulak... Saya ada membela 4 ekor kucing yang saya gelarkan 'askar wataniah' belakang rumah sebab mereka menjaga 'keamanan' di belakang rumah..hmmm macamana nak cakap yea, mereka nie tak bagi seekor kucing lain pun lalu di belakang rumah saya, awas kalau mereka melalui jugak jalan tue, askar saya akan berkejar sampai hujung taman perumahan saya..bukan setakat kucing betina saja dihalaunya, malah kucing jantan pun mereka halau jugak, memang geli hati tengok gelagat mereka...adakalanya mereka suka menyakitkan hati saya, contohnya macam mereka sengaja bermain gelongsor lantai takala saya menyapu sampah, huhuhu sakit jiwa jugak bila mereka kembali menyepah habuk yang saya dah sapu... tapi nak marah-marah sangat memang saya tak sampai hati, maklumlah mereka nie dari keturunan kucing saya yang dah bergenerasi sampaikan saya tak ingat berapa ke generasi...Dan kalau saya solat pulak, kena tutup pintu sebab taknak mereka mengacau saya solat... Kalau mereka mengacau saya solat, memang tak khusyuk dibuatnya, mana taknya, mereka akan geselkan muka mereka kat kaki saya, lepas tue sesuka hati baring di atas sejadah.. Jenuh saya menepis mereka tapi kejap aje, mereka pasti akan kembali baring di atas sejadah... Lepas tue kalu saya mandi pulak, masing-masing akan menunggu saya di pintu bilik air... Merekalah teman sepermainan saya sekarang dan saya akan terus membela mereka sampailah ajal menjemput salah seorang dari kami (sobb..sobb.. adegan sedih la pulak)

Saya masih ingat lagi sejak kecik saya memang fobia dengan kucing sebab masa saya kecik dulu, kucing penah menggigit punggung saya dan sejak tue saya mula fobia dengan kucing...tapi lepas pada saya jumpa seekor kucing yang amat manja sekali, perasaan fobia hilang sama sekali.. Mula-mula tue takut jugak nak pegang ia, tapi ia langsung tak bergerak malah merelakan saja apa yang saya buat... Saya dengan adik-adik mula membela kucing tanpa pengetahuan ummie sebab ummie tak suka pada bau tahi kucing...tapi sekarang Alhamdulillah ummie dah boleh menerima kehadiran kucing di rumah kami malah ummie akan risau tentang pemakanan kucing di rumah jika bertandang di rumah saya berhari-hari...Hari nie saya nak kongsi fakta kucing yang mungkin ada di kalangan kita tak tahu..



1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, iaitu 5 kali lebih banyak dari manusia.

2. Kucing memiliki 230 tulang, iaitu 24 kali lebih banyak dari manusia.

3. Kucing tidak memiliki collarbone, sehingga membolehkannya masuk menerusi celah atau lubang selebar kepalanya.

4. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan.

5. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia atau anjing. Had pendengaran kucing sejauh 65 khz, sedangkan manusia hanya 20 khz.

6. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lainnya (dalam hubungannya dengan besarnya tubuh).

7. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan total, akan tetapi ketajaman matanya pada malam hari sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan perefleksi cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang memasuki retina mata.

8. Cakupan pandangan kucing 185 darjah.

9. Kucing memiliki deria bau 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia 5-20 juta.

10. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per menit (jika anda ingin melakukan pemeriksaan denyut nadi kucing, lakukan di paha belakang di bahagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh).

11. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per menit.

12. Suhu tubuh kucing normal 102 °F atau 38.8 °C.

13. Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 mile per jam.

14. Kucing memiliki sistem saraf yang sangat sensitif.

15. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya.

16. Setiap kucing memiliki nose pad yang sangat khas, sehingga tidak akan pernah ada dua kucing yang memiliki sidik hidung yang sama (sama seperti cap jari manusia atau belang pada kuda belang).

17. Kucing merespon panggilan wanita lebih baik daripada lelaki. Hal ini mungkin kerana suara wanita memiliki puncak yang lebih tinggi.

18. Orang yang alergi/alah terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing.

19. Telah dibuktikan secara ilmiah bahawa mengelus-elus (membelai-belai bulu) kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah manusia.

20. Purata umur kucing 15-16 tahun.

21. Untuk menentukan kesetaraan umur kucing dengan umur orang, mulailah dengan 20 tahun sebagai umur tahun pertama kucing, kemudian tambahkan 4 tahun umur manusia untuk setiap umur tahun kucing. Sebagai contoh : Jika kucing anda berumur 4 tahun bererti umurnya setara dengan 20 tahun (untuk umur 1 tahun) ditambah 3 x 4 tahun, iaitu setara dengan umur 32 tahun pada manusia.

22. Kucing memiliki daya menghidu yang sangat baik. Ini adalah alasan mengapa kucing tidak akan menggunakan bakul sampah kotor sebagai tempat untuk tidur. Kucing juga memiliki pendengaran yang bagus.

23. Kucing benci bau minyak wangi. Mereka juga membenci aroma limau atau lemon.

24. Kucing menganggap daerah yang memiliki bau amonia sebagai daerah eliminasi Jadi, tidak dianjurkan untuk menggunakan amonia untuk membersihkan bau urin kucing.

25. Seekor kucing mengetahui perubahan dalam suasana hati tuannya. Oleh itu, kadang-kadang hal ini akan mempengaruhi kucing anda.

26. Di negara United Kingdom, suara kucing ditulis 'Miaow'. Dalam bahasa Inggeris yang digunakan di Amerika, suara kucing sering ditulis dengan 'Meow'. Di Indonesia, suara kucing sering ditulis dengan kata 'Meong'. Manakala dalam bahasa Jepun sering ditulis dengan kata 'Nya'.

27. Kucing termasuk haiwan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilati bulu mereka. Saliva atau air liur mereka adalah agen pembersih yang kuat tetapi dapat menyebabkan alergi pada sesetengah manusia. Kadangkala kucing memuntahkan semacam 'hairball' atau gulungan bulu yang terkumpul di dalam perutnya.

28. Kucing dapat menyimpan energi dengan cara tidur lebih sering berbanding haiwan lain. Lama tidur kucing bervariasi antara 12–16 jam per hari, dengan angka purata 13–14 jam. Tetapi tidak jarang juag dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari.

29. Pintu khusus kucing (cat flap) yang biasa terdapat pada pintu rumah terutama di barat, dimulakan pertama kali oleh Sir Isaac Newton (penemu hukum gravitasi).

30. Ekor kucing dipergunakan untuk menjaga keseimbangan, terutama ketika sedang melompat atau berlari.

31. Kucing memakan rumput dengan tujuan memperbaiki pencernaan dan membantu mengeluarkan bulu yang tertelan dan berkumpul di perutnya semasa membersihkan bulu.

32. Kucing yang sihat mempunyai suhu tubuh 38°C – 39.5°C.

33. Kucing betina matang secara seksual ketika berumur 6-10 bulan, sedangkan kucing jantan pada umur 9 -12 bulan.

34. Purata jumlah anak kucing dalam satu kelahiran adalah 2-6 ekor.

35. Dengkuran kucing (purring) tidak selalu menunjukkan bahawa kucing dalam keadaan nyaman/selesa. Kucing juga akan melakukan hal yang serupa dan lebih keras pada ketika dalam keadaan stres atau kesakitan.

36. Semua kucing memerlukan taurine (sejenis asid amino yang biasa ditemukan dalam sumber makanan seperti daging dan ikan) dalam makanan untuk mencegah kebutaan. Kucing juga harus mengambil sejumlah lemak dalam makanan kerana tidak dapat memproduksi lemak sendiri.

37. Ketika seekor kucing menggosokkan badannya ke kaki atau badan anda, ia sebenarnya sedang 'menandai' anda dengan baunya dan menyatakan anda sebagai pemiliknya.

38. Purata umur kucing yang hidup di luar rumah sekitar 3-5 tahun, sementara yang hidup di dalam rumah dapat mencapai umur 16 tahun atau lebih lama.

39. Purata waktu tidur kucing sekitar 16 jam.

40. Kaki depan kucing mempunyai 5 jari dan 4 jari pada kaki belakang. Kucing yang lahir dengan 6 atau 7 jari pada kaki depan dan tambahan jari pada kaki belakang disebut polidaktil.

41. Kucing dewasa mempunyai 30 batang gigi, 16 batang di rahang atas dan 14 batang di rahang bawah.

42. Ada sekitar 9600 helai bulu tiap cm2 kulit bahagian atas dan sekitar 19200 helai bulu tiap cm2 kulit bahagian bawah.

43. Lidah kucing tidak dapat merasa kerana kurangnya sensor saraf perasa di lidah. Manusia mempunyai sekitar 9000 sensor saraf perasa di lidah, sedangkan kucing hanya mempunyai 473 buah. Ini bermakna nafsu makan kucing dipengaruhi oleh bau bukan rasa makanan

 


Apapun, kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah SAW dan kita pun hendaklah sayangi haiwan jugak dan jangan menganiayai mereka... Sebab di akhirat nanti kita akan disoal oleh Allah... Jaa mata nee minna-san...





Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧