✿Sahabatku✿

Follow

Monday, March 30, 2015

Jom Kurangkan Garam Dalam Masakan

Image result for saltv  

Apakah itu garam?
Garam adalah bahan yang memberi rasa masin. Ia boleh didapati dalam bentuk garam halus atau kasar yang ditambah dalam makanan atau yang tersembunyi seperti yang terdapat dalam sos, kicap, taucu, mayonis, keju, ikan masin serta serbuk dan kiub perisa. 


Apakah kita perlu garam?
a. Kawa keseimbangan cecair badan
b. Fungsi otot dan saraf yang sempurna
c. Membantu kekalkan tekanan darah pada tahap yang normal

PERINGATAN!!!!!
Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah bagi sesetengah individu yang berisiko.

Berapa garam yang diperlukan?
Kita hanya perlu ambil garam kurang daripada 6 gram (1sudu the) sehari, termasuk garam tersembunyi.

Tips mengurangkan pengambilan garam
a. Gunakan perencah asli seperti jus limau dan rempah ratus.
b. Kurangkan penggunaan garam, perisa tiruan, kicap dan taucu dalam masakan.
c. Kurangkan pengambilan makanan ayang diproses seperti makanan dalam tin, sosej burger dan makanan segera.
d. Kurangkan penggunaan mayones dan keju dalam penyediaan makanan.
e. Kurangkan makanan ringan yang masin seperti keropok kacang bergaram.
f. Kurangkan makanan yang diawet seperti ikan masin, telur masin, belacan, cencaluk, budu serta jeruk asin buah-buahan dan sayur-sayuran.
g. Baca label makanan dan elakkan membeli makanan yang kaya dengan natrium klorida dan monosodium glutamate (MSG)
h. Hadkan pengambilan garam kepada 1 sudu the (6g) sehari.

Panduan memilih makanan kurang garam semasa makan di luar
a. Minta makanan anda dikurangkan garam atau MSG
b. Elakkan makanan berkuah seperti mi segera, mi bandung dan sebagainya.
c. Elakkan masakan tumis dengan ikan masin, contohnya sayur goreng ikan masin atau makanan dalam tin.
d. Pilih nasi putih berbanding nasi beriani, nasi tomato atau nasi goreng.

Jenis Makanan Kandungan Garam
Agen perisa sos
-Kicap
-Sos Tomato
-Sos Tiram
-Taucu

1000-5000mg
Stok kiub sayur-sayuran atau daging >3000mg
(1kiub=700mg)

Kuah untuk salad
-mayonis
>1000mg
Makanan dalam tin 500-1500mg
Makanan diawet
-telur asin
-ikan masin
-jeruk buah
-belacan
-cencaluk
500-4000mg
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧