✿Sahabatku✿

Follow

Monday, April 13, 2015

Resipi Tart Roti Telur...









Selamat pagi suma... Salam ceria di hari Isnin walaupun ramai di kalangan kita mengalami 'Monday Blues'.. hehehe sebenarnya saya happy sangat2 sebab untuk kali pertama saya bangun awal pagi untuk baking tart roti telur... Sebenarnya resipi tue dikongsikan oleh tunang saya yang tengok resipi nie melalui fesbuk dan mintak saya buatkan.. Mula2 dia tunjukkan gambar tart yang dia dah baking  dan ianya telah membakar semangat saya untuk baking  jugak... thanks to you bie sayang... 

Bahan-bahan nak buat tart roti telur amat senang sekali dan tak payah pakai mixer pun... Shell tart pun bukan jenis yang biasa yang selalu pakai untuk buat tart tapi hanyalah sekeping roti gardenia jea... Well nie bahan-bahannya...

6 keping roti gardenia - potong kulitnya
*1/2 batang lobak - disagat halus
3 keping keju cheesedale - dipotong memanjang
6 biji telur saiz C
* 4 keping isi ketam - potong memanjang
Nota : Bagi yang bertanda (*) awak boleh gantikan dengan sayur yang lain contohnya hirisan kobis dan sebagainya, jugak awak boleh gantikan isi ketam dengan hirisan hotdog atau isi ayam yang sudah direbus.

Cara buat :-

Masukkan roti di dalam bekas loyang mufin yang telah disapu dengan sedikit marjerin supaya tidak melekat dengan membuat bentuk shell mufin. Kemudian, lapisan pertama masukkan lobak yang disagat, lapisan kedua adalah keju cheesedale dengan meletak secara bersilang, lapisan ketiga adalah telur yang dipecahkan tanpa memecahkan kuning telur, dan lapisan terakhir isi ketam yang dipotong memanjang, disusun secara bersilang. Kemudian bakar tart tadi di dalam oven bersuhu 250 darjah celsius atau sehingga telur dimasak. Sedia dihidangkan.

 Jeng..Jeng..Jeng.. Inilah hasil baking saya pagi tadi, percubaan pertama nampak comot sikit sebab terlalu banyak cheese yang saya letakkan.. Dan kuning telur tue pulak nampak seperti separuh masak dan jika awak tak suka dengan kuning telur separuh masak, awak boleh masak tart nie sehingga kuning telur masak sepenuhnya... 

Nampak sedap kan.. Cubalah... 
Share:

4 comments:

  1. Menarik.. boleh cuba nie bila ada oven nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna oven lama yang guna dapur gas tue kak.. :)

      Delete
  2. thanks letak logo :) dan resepi yang boleh saya cuba bila free

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧