Tuesday, July 14, 2015

Mood raya sudah datang..

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog nie kan.. Saya baru datang keja semalam, dahlah semalam datang lambat gara-gara bateri handphone habis, huhuhuhu.. langsung terlepas sahur dan ingat-ingat  lupa niat puasa, tapi saya teruskan jugak puasa... Hari Jumaat lepas, saya balik kampung halaman saya di Kuala Terengganu kerana tahun nie saya beraya di rumah mertua di Sungkai, Perak.. Suami saya nak merasai suasana beraya hari raya Aidiladha di Kuala Terengganu jadi sebab itu kami ambik keputusan untuk beraya hari raya Aidilfitri di Sungkai.. Lagipun saya dah tak mempunyai banyak cuti, sebab tue la nak beraya di negeri yang berhampiran saja...

Kami balik di Kuala Terengganu pada hari Jumaat lepas, dan kali pertama kami balik berbuka puasa serta bersahur sama-sama sejak diijabkabul pada sebulan yang lepas... Ini kali pertama jugak suami saya berpuasa dan bersahur di negeri orang dan dia merasai pengalaman berpuasa yang agak berbeza jika dibandingkan di Perak... Sebagai contoh, bila waktu berbuka puasa, kita biasa akan mendengar azan berkumandang menandakan masuk waktu berbuka, tapi di Terengganu, bunyi bedil atau meriam akan kedengaran dan itulah keunikan waktu berbuka di Terengganu.. Suami saya pada mulanya terpinga-pinga bila Iwan mengatakan sudah masuk waktu berbuka sedangkan dia mengatakan dia tak mendengar bunyi azan berkumandang, bila ummie menerangkan suami saya tentang bunyi bedilan meriam, dia mulai faham dan kagum dengan waktu berbuka.. (rasa bangga jugak) 

Kepulangan kami jugak tak pulang dengan tangan kosong, tapi bonet kereta dipenuhi dengan durian-durian yang segar dari kebun milik suami saya, dan kata suami saya, sudah menjadi rezeki orang Terengganu untuk merasai durian segar kerana waktu dia mengutip durian, satu demi satu durian gugur daripada pokok hingga dia meminta bantuan daripada sorang rakannya untuk mengutip durian yang gugur... Keluarga saya memang dikatakan 'hantu durian' jugaklah jadi sebab tue Allah beri rezeki kepada kami, Alhamdulillah...  Kami membahagikan rezeki kepada ummie, abah dan Naim sekeluarga jadi semua orang dapat merasai keenakkan durian Sungkai.. 

Dua hari berturut-turut kami dihidangkan dengan nasi minyak hasil masakan ummie dan abah, yang menjadi kesukaan kami suami isteri dan suami saya kata hasil masakan ummie lagi enak, hehehe (i love you ummie).. 

Yang paling best sekali adalah saya berjaya membeli 3 ekor anak kura-kura peliharaan bagi menggantikan ikan gapi yang mati baru2 nie..Pada mulanya saya nak beli ikan gapi tapi Iwan dan suami tak sarankan sebab katanya mungkin ikan mati kepanasan di dalam kereta semasa dalam perjalanan balik ke Salak Tinggi.. Suami saya yang sarankan supaya bela kura-kura (sebelum nikah pun memang dia syorkan jugak) sebab katanya senang nak jaga (hehehe yea ke).. 

Jaa nee..


 

 

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧