Jom sama-sama kita kibarkan jalur gemilang

Tuesday, August 18, 2015


Assalamualaikum...
Saya tak perasan kita dah masuk pertengahan bulan Ogos dan bulan ini adalah bulan kemerdekaan negara kita kan.. Hampir 58 tahun kita dah merdeka dan diharapkan kekalkan lah keamanan di negara kita nie...Janganlah kita ikut sangat perasaan nak buat demo sana demo sini tanpa kebenaran, memanglah kita ada hak untuk bersuara tapi ada caranya.. tengoklah di negara-negara bergolak, sampaikan kita nak bersiar-siar bersama keluarga pun kena berhati-hati, takut kena tembak lah, kena bomb lah dan macam-macam..yang paling kesian dan menyayat hati adalah jika melibatkan kanak-kanak...Nauzubillahiminzallik... Mintak-mintak dijauhkan oleh Allah agar keluarga, sanak saudara dan sahabat dilindungi oleh Allah...

Bercakap pasal jalur gemilang nie, awak tau tak asal usul ciptaan bendera negara kita yang tercinta nie...

Ia bermula pada 29 November 1949 apabila diadakan pertandingan mencipta bendera peringkat kebangsaan.

Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang dan buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950.

Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 31 Ogos 1997, sekali lagi sejarah bendera terukir apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

Penghasilan bendera yang diilhamkan oleh penciptanya, Mohamad Hamzah dibuat dengan jiwa yang penuh semangat nasionalisme.

Maka, setiap lambang dan warnanya yang digunakan menonjolkan maksud tertentu.

a) Bahagian berwarna biru tua bermaksud perpaduan yang merupakan elemen paling penting bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

b) Warna kuning pula bermaksud Raja Berpelembagaan.

c) Merah membawa maksud keberanian.

d) Manakala putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi meningkatkan dan mempertahankan kebudayaan dan keperibadian Malaysia.



Jadi,sempena dengan bulan kemerdekaan nie, marilah kita sama-sama mengibarkan jalur gemilang di mana-mana...


Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧