✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, August 20, 2015

Siap jugak akhirnya....and baru nak bergembira tapi....!

Assalamualaikum,

Nie makcik nak luahkan perasaan (makcik..!), hehehe.. Semalam kan, mood 'terlalu rajin' nak mengemaskini blog library telah muncul dan akhirnya tepat jam 2.30 petang tadi, ianya siap dikemaskinikan... ada banyak info baru saya buat dan di upgrade kan, kalu awak suma sudi singgah sila layari blog library kami : Perpustakaan JBPM ... 

Image result for cry smileyLepas tue nak luahkan perasaan lagi... hari nie ada di kalangan kakitangan kerajaan di Putrajaya sahaja (negeri lain tak dapat gaji lagi) telah mendapat gaji awal daripada tarikh sebenar, iaitu yang sepatutnya pada 25hb yang akan datang... dalam erti kata lain, gaji saya pun dah masuk dalam akaun, tapi pihak AG (Kementerian Kewangan) menyekat kembali gaji tersebut..Duit ada dalam bank tapi tak boleh dikeluarkan... huwaaaa :(  rasa menyesal pun ada sebab rakan ada bagitahu kalu nak ambik duit gaji hanya di waktu pagi hingga tengahari jea sebabnya lepas tengahari mereka akan menyekat gaji itu daripada dikeluarkan... tapi penyakit malas nak keluar opis tue menyinggah dalam diri, dan kerja mengemaskini blog tak siap, saya abaikan jea,..huhuhu kalu tahu jadi begini, mesti saya dah siap-siap bayar bil internet yang tertunggak.... ahaksss... takpelah Shikin... tunggulah gaji 25hb nanti, bolehlah jelaskan hutang-hutang yang ada tue... :) cheer up...

Kita baru berangan nak beli barang dapur sebab esok family mertua nak datang rumah....nasib baik suami dapat advanced gaji dia pada hari nie, kalu tak ... termenung kejap... oleh kerana nak hiburkan hati yang lara, saya mula mencari hiburan yang lain, haaa...bukan pegi ke mana-mana pun, cuma surf internet jea, hihi... 

Saya ada terbaca satu artikel di mana seorang lelaki menyaman isterinya sebanyak RM82k atas alasan tertipu dengan wajah buruk isterinya kerana solekan tebal... hmmm macam-macam kes pelik berlaku sekarang...sebelum nie ada jugak kes suami menyaman isterinya kerana melahirkan anak yang mempunyai wajah buruk dan tak sama wajah seperti isterinya, rupa-rupanya si isteri telah membuat pembedahan plastik yang membuatkan dia cantik seperti artis antarabangsa... tengok gambar tue, memang cantik bila dimekap tebal sebegitu, tapi itu bukanlah kecantikan semula jadi... saya pun bermekap jugak tapi sekadar pakai bedak muka, maskara dan gincu jea, tue pun lipgloss, lepas solat zohor, jarang nak tonyoh balik muka nie dengan alat solek, sampaikan ada rakan2 opis menegur, sakit ke? tak sihat ke? napa muka pucat jea? dan senang aje jawapan saya, malas nak pakai... hehehe 




 
 
Share:

1 comment:

  1. PC pun gitu..ada je yang complain..jawabnya malas..hihi..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧