Tuesday, September 15, 2015

3 Minutes Milo Cake Microwave

Assalamualaikum, lama saya tak update pasal makanan kan.. semalam dah ingat dah nak kongsi satu resipi buat kek milo yang guna microwave jea... Saya pun mula2 tak percaya jugak tapi bila member opis dah try dan dia kata memang jadi, saya pun Insha Allah nanti akan cuba jugak, tapi saya nak kongsi la sikit..


Bahan-Bahan Utama
4 sudu besar milo
4 sudu gula kastor (jika tak suka terlalu manis, boleh kurangkan kuantiti)
3 atau 4 sudu besar susu segar (boleh digantikan dengan susu pekat atau susu cair)
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu minyak masak
1 biji telur
Sedikit baking powder
Sedikit kepingan badam yang telah dibakar (ataupun boleh guna chocolate chip)
Mangkuk ataupun mug

Cara Penyediaan
Masukkan kesemua bahan di dalam mangkuk ataupun mug (kecuali kepingan badam) dan kacau rata. Kemudian taburkan kepingan badam di atas adunan yang telah dikacau rata. Masukkan adunan tadi di dalam microwave dan bakar selama 3 minit. Sedia dihidangkan.

okey, nanti sama2 kita mencubanya yea...
Jaa nee..


dapurcengkih

5 comments:

  1. nampak sedap tu :)..blh cuba ni,tq sharing

    ReplyDelete
  2. senangnya macam nak test buat ni

    selamat hari malaysia juga

    jemput baca part 2 ada apa di hello kitty house

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya balik umah nak cubalah nanti

    ReplyDelete
  4. Ini betul-betul cepat ini.. rajin dengan tak je..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧