✿Sahabatku✿

Follow

Friday, September 25, 2015

Jom jalan-jalan makan angin...

Assalamualaikum,
 It's family time.. hihi.. 

Program kitorang hari nie bermula pada waktu petang sebab hari nie kan hari Jumaat, masa untuk solat Jumaat taklah tergesa-gesa nak tunaikan ibadah tue.. dan macam biasa saya menjadi GPS hidup untuk mereka ke mana-mana saja,walaupun menggunakan teknologi waze, tapi adik2 suka menggunakan tenaga kakaknya untuk menggunakan teknologi tue.. kami pergi dengan kapasiti 6 orang saja memandangkan adik ipar lelaki tak dapat turut serta dengan aktiviti nie, ini kerana dia perlu menghantar anak saudaranya ke KLIA untuk pulang ke Jordan...

Tempat pertama yang kami tuju adalah kedai Cosway kerana ummie nak beli barang keperluan, (macamlah kat Kay Tee takde kedai Cosway, hihi).. Selain tue, ummie saya nak tukarkan kupon dengan mesin jahit dan kipas tapi malangnya barangan tersebut perlu order terlebih dulu dan kebiasaannya hari Isnin baru mereka akan order barangan tukaran kupon, (jadi takde rezeki untuk ummie)..

Image result for gm klangLepas tue kami bergerak ke GM Klang yang tak jauh daripada lokasi kedai Cosway dan disitulah insiden kelakar berlaku.. Secara kebetulan parking di perkarangan GM Klang ditutup untuk memberi laluan kepada karnival jualan (kot), jadi kami terpaksa parking di tingkat atas..memandangkan design parking GM Klang bermula pada tingkat 7, ummie kami menjerit cemas sebabnya kami terpaksa mendaki untuk pergi ke arah parking... Saya memang dah mengetahui kelakuan ummie hanya ketawa saja, adik2 terpaksa menutup mata ummie disebabkan ummie berasa kecut perut melihat permandangan bawah parking, ngeri katanya... lepas tue dia membebel2 kerana kami parking di tempat yang tinggi...kami adik beradik hanya ketawa sambil menerangkan bahawa parking kat perkarangan adalah terhad sangat2 dan memandangkan masa tue memang ramai orang berkunjung ke GM Klang..

Kami hanya mencuci mata saja ke situ disebabkan minggu depan kami akan ke Penang untuk menghantar adik bongsu ke kolej pergigian bagi menghadapi final exam dan seterusnya menunggu penempatan klinik pergigian kerajaan... Ummie kata , jika tak kerana nak hantar adik pada minggu depan, dia nak jea membeli belah kat sini sebab ada beberapa barang yang dia berkenan tapi ditahan hatinya...hmmm... lepas tue, tepat pada jam 7pm kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu restoran KFC tapi hanya tapau saja..

Malamnya selepas solat maghrib di masjid, kami bergerak pulang ke rumah di Puncak Alam dan singgah sebentar di Tesco Puncak Alam kerana ummie nak membeli makanan perjalanan pulang ke Kay Tee esok pagi..Tapi kami dikejutkan dengan satu panggilan telefon kecemasan dari adik ipar yang mengatakan rumah kami dipecah masuk kerana dipercayai gas memasak mengalami kebocoran.. Dengan kelam kabut kami pulang ke rumah yang jaraknya cuma 1.5 km saja dan bila sampai saja di rumah, kami terbau gas yang amat kuat dan sepantas kilat kami membuka semua tingkap dan pintu..memang berderau darah kami suma, nasib baik rumah tak meletup akibat kebocoran gas... Bila diamati, ada kebocoran di bahagian muncung gas dan kami memulangkan semula tong gas ke kedai untuk ditukar ganti... 

Kemudian, bila keadaan menjadi reda, kami pun menikmati makan malam sambil berborak2 kosong... memang banyak perkara yang terjadi hari nie, sumanya lengkap, dari gembira, sedih, cemas, kelakar dan macam2 gelagat manusia lagi kami dapat lihat pada hari nie... 

Moral of the story, kena pastikan betul2 tong gas ditutup dengan sebaik mungkin dan perlu check setiap masa bagi mengelak kebocoran... 

Jaa nee...

 
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧