✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, September 02, 2015

Kenali loghat Terengganu - Part 1

Assalamualaikum...

Petang2 gini, untuk release tension, jom kita belajar loghat negeri Terengganu, sebab ada orang kata loghat Terengganu amat susah difahami dan diikuti( erkkk... betul ke?).. Saya bagi yang senang-senang dulu sebab kebanyakan warga bukan anak Terengganu hanya tahu perkataan seperti ikan=ikang, makan=makang, kan..kan... 

Hubby saya pun ternganga mulutnya sebab tak memahami bila sanak saudara saya bertanya sesuatu dengan kepekatan loghat Terengganu, jadi terpaksalah saya jadi penterjemah tak bergaji untuk menerangkan apa pertanyaan mereka... hihi kadang-kadang seronok jugak + rasa kesian bila melihat hubby terpinga-pinga untuk memahami pertanyaan mereka.. Jom sama2 kita belajar yang senang dulu...



Image result for cute divider 

Acu (cuba atau mencuba sesuatu)
*Acu kamu pakai baju yang aku beli nie...

ambe (Saya, aku, bersifat merendah diri)
*Ambe tak jadi pegi ke bandar arinie sebab anak ambe sakit.

Beleber (berleter panjang)
*Mak nie tak habis-habis nak beleber.

Babir (perangai degil)
*Janganlah babir sangat

Berat nanang (sangat berat)
*Aku tak larat nak pikul simen tue sebab berat nanang.

Cakne (ambil tahu)
*Cuba cakne sikit dengan anak kamu tue.

Cacang (berdiri)
*Janganlah cacang lama sangat nanti lenguh sendi tulang.

Celober ( Carik yang banyak)
*Langsir pintu tue patut kena tukar dah sebab dah carik celober.

Dok dang (tidak sempat)
* Aku rasa hari nie dok dang nak buat kerja tue, kita sambung besok ajelah.

Dener-per (manja)
*Budak-budak kecik memang dener-per jea.

Derah (cepat buat kerja)
*Derahlah buat kerja tue.

Ek (Tunjuk gaya lebih / berlagak)
*Jangan suka tunjuk ek pada semua orang, tak elok.


okey, akan datang nanti part 2 pulak... Jaa nee
 




 
Share:

2 comments:

  1. Heheheh..ruby org ganu.yg best part tunjuk jln..straigtttt... konar(corner)...hehehhe

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧