✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, September 09, 2015

Loghat Terengganu - Part 3

Assalamualaikum...

Pekabo? hehehe ari ning kite sambung smula blajo bahase loghat Ganu, pahang ke dop ning? hihihi... Swing to bahasa Melayu baku...tingg... apa kabar? hari nie kita sambung semula belajar bahasa loghat Terengganu, faham ke tak nie? hihi mukadimmah di tengahari... jom...









Image result for cute divider 
Kalih ( sudah biasa)
Tubuh dia itu sudah kalih kena pukul.

Juruh (baik-perangai)
Mak sokong kalau kamu nak meminang Sarimah sebab perangainya juruh benar.

basah jeruk (basah kuyup)
Kami basah jeruk kena hujan malam tadi.

lok (biarkan)
Aku sengaja lok kereta aku begitu sebab enjinnya dah rosak.

lolok (pura-pura)
Aku nak mintak maaf sebab tadi aku cakap lolok jea..

mecak (merajuk)
Kak Bedah kelihatan mecak bila baju tempahan yang dijanji tak siap.

nawok (pembohong)
Jangan cakap nawok, berdosa tau.

nengung (termenung)
Pak Mail suka nengung di gerai bawah pokok rambutan.

Pekak-likak (jenis cecair yang sudah pekat)
Awak jangan beli susu jenis yang pekak-likak sangat.

royat (memberitahu / menyatakan)
Perkara nie rahsia besar tau dan jangan royat kepada sesiapa.

Samah (lima puluh sen)
Saya nak beli sayur taugeh nie samah.

 Seeh (dada rasa sebak)
Selepas mengadu seeh dada, Haji Mat terus rebah.

Serabut perut (susah hati)
Serabut perutlah rasa hari nie.

Semeta (panggilan untuk buah manggis)
Timbangkan saya buah semeta nie tiga kilo.

Songor (buat-buat bodoh)
Jangan buat songor sangat...

Takmboh (tidak mahu)
Awak takmboh ke baju nie?

Putih-seleput (badan/wajah/benda berwarna amat putih)
Pelakon Zizie Ezette memang putih-seleput.





Image result for cute divider
 
okey, jaa nee...
 
Share:

1 comment:

  1. kalo kami kedah.. kalih.. memusingkan.. huhuuuu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧