Mood raya Aidiladha..

Tuesday, September 22, 2015


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Well, mood raya dah  melanda kat opis nie, jalanraya kembali sunyi sepi.. Sahabat kat opis pun dah ramai yang ambik cuti, sempena dengan cuti sekolah sekaligus.. 

Esok lagi ramai yang bercuti, dan esok mungkin saya ambik halfday, tapi tengokla camne,.. sebab esok saya berkampung di Puncak Alam, Selangor, di rumah adik saya...

Ummie dan adik2 yang lain akan menyusul datang ke sana pada pagi esok dan kami akan berkumpul di sana.. Kata ummie saya, tahun lepas, beraya di Salak Tinggi, tahun nie beraya di Puncak Alam, dan tahun depan beraya di Terengganu pulak.. hehehe

Apapun, diharapkan pada sahabat yang nak balik kampung pada hari nie,jangan bawak kereta laju2 sangat yea..Kena selalu ingat pada orang yang sedang menanti kepulangan kita dan pandulah dengan berhemah,.. jangan nak cilok sana sini,jangan buat laluan sendiri(potong Q) dan jangan memandu perlahan di lorong laju... ngeri dibuatnya bila tengok di kiri dan kanan kenderaan dipandu laju... 

Jaa nee..

 

2 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧