✿Sahabatku✿

Follow

Saturday, September 05, 2015

Operasi mengemas rumah - done... ^_^

Assalamualaikum...whoaaa... baru boleh relaks sikit... Hari nie operasi mengemas rumah yang telah 2 minggu tidak diselenggara, lepas hantar hubby pegi kerja, saya mulakan operasi mengemas rumah, daripada sapu sampah, mop lantai, kemas mini library kat bilik belakang, dan tukar cadar di setiap bilik... tapi biasalah, mesti ada 'gangguan' yang saya akan alami, lebih2 lagi ada 2 kitten yang sedang membesar.. Mereka suka menangkap kaki yang dianggap sebagai tempat permainan mereka, ke mana saja saya melangkah, pasti mereka mencari peluang untuk menangkap dan menggigit (hehehe kadang-kadang seronok jugak bila mereka bermain, yealah, bak kata orang, kanak-kanak yang sedang membesar..


Seperti terdahulu, saya memang mempunyai 4 ekor kucing, dan apabila keluarga ini bertambah, ianya dah menjadi 8 ekor kucing.. Kecik, Lala, Lili, dan Lulu adalah kucing dewasa manakala 2 ekor kitten nie saya beri nama Chiki dan Bobo... Gambar nanti saya upload kan, sebab sejak 2 ke 3 minggu nie amat susah nak ambik gambar diorang, maklumlah tengah aktif... 

Jaa nee...
 
Share:

2 comments:

  1. Salam singgah sini....diana hari minggu tu acara mengemas rumah....hihi

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini....diana hari minggu tu acara mengemas rumah....hihi

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧