✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, September 24, 2015

Salam Aidiladha

Assalamualaikum... 

Image result for eidul adhaSalam Aidiladha kepada semua sahabat saya.. Moga2 dengan keberkatan daripada Allah akan memberi sinar kebahagiaan kepada kita semua.. Pada sahabat yang membuat ibadah korban, saya ucapkan selamat melapah daging korban dan semoga dengan pengorbanan ini akan memberikan kita kenikmatan yang tak terhingga, juga memberi kenikmatan kepada orang yang memerlukan... 


Hari nie tak banyak aktiviti yang dilakukan sebabnya aktiviti melapah daging dilakukan oleh hubby dan adik2 lelaki yang lain.. Sekarang nie kat fesbuk dah jadi viral yang Masjid Puncak Alam menggunakan teknologi moden untuk penyembelihan lembu korban... Walaupun kat fesbuk ada yang bertelingkah tentang teknologi moden nie, tapi bagi saya ianya tak menjadi satu kesalahan pun... Sebab teknologi nie menggunakan semi auto, sembelih masih lagi cara manual mengikut syariah... Dan masih ada lagi gotong royong di kalangan sahabat Masjid Puncak Alam dan sukarelawan untuk melapah dan memotong daging.. Gambar nie adalah ehsan daripada facebook Masjid Puncak Alam dan ada dua gambar mempunyai wajah adik lelaki saya, salah satu gambar hanya potongan badannya saja...








Ada lebih 15 ekor lembu dikorbankan pada hari nie dan yang paling menarik sekali, bila lembu paling last dikorbankan mempunyai sifat agresif, mungkin disebabkan lembu tersbut takut lantaran terlalu ramai orang yang mengerumuni padang ternakan tersebut.. Tapi masa tue, saya, ummie dan adik2 perempuan dah balik dah, sebab ummie dah tak larat nak tengok aktiviti korban lembu.. nasib baik masa tue, kami bawak dua buah kereta untuk menunaikan solat sunat Aidiladha... 

Adik ipar saya yang merupakan salah sorang imam Masjid Puncak Alam jugak turut serta dalam majlis korban nie dan bila mereka bawak balik daging korban, kami buat masakan daging masak merah, Alhamdulillah... Dan untuk kali pertama, kami melihat usus perut lembu yang menjadi kesukaan hubby dan adik ipar,manakala ummie, saya dan adik2 yang lain hanya memerhati daripada jauh saja,sebabnya kami memang tak makan usus perut tersbut...Usus perut tue mereka cuma rebus dan cicah dengan sos cili, nampak macam sedap aje mereka makan tapi tekak saya masih belum menerimanya lagi..

Esok akan ada aktiviti keluarga, ke mana kita nie? tunggu di episod akan datang...  

Jaa nee...
 



Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧