Tips Rumahtangga-Amalan 8P- Uztazah Siti Nur Bahyah

Thursday, September 17, 2015

Assalamualaikum.. Amalan suami isteri sepanjang masa. Insha Allah mendapat keredhaan Allah dan membina keluarga bahagia.
 
 
Amalan 8P-  Uztazah Siti Nur Bahyah
 
   1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
 
 2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

  3. P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh
      menambah kasih sayang.
 
 4. Perhatian adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan
      perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan
  
5. P seterusnya mewakili 'persefahaman' kerana kerjaya memerlukan
      pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
  
6. satu lagi P adalah 'percutian' di mana perlu merancang percutian
      berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada
      kesibukan dan kehidupan rutin
  
7. P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri
      mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi
      mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu
      seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  
8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya
      merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi
      daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
 
   Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri
   dengan Allah. Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap
   agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
 
   "Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai
   berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab
   terhadap keluarga"
 
 
 Doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih
   sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau
   membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
 
   [31] Al-Imran
   Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka
   ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa
   kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
 
   [200] Al-Imran
   Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
   kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
   kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
   perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
   daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
   berjaya (mencapai kemenangan).

4 comments

  1. Replies
    1. Thanks..sama2lah kita amalkan.. bak kata omputih sharing is caring.. ^_^

      Delete
  2. Nice... Btw, Cikla Ada tag awk tau...

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧