✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, October 08, 2015

Info kenapa huruf pada papan kekunci (Keyboard) tak mengikut abjad...



Image result for Assalamualaikum 
Awak pengguna komputer?


Image result for keyboard
Cuba perhatikan huruf pada papan kekunci (keyboard) di mana awak menaip segala patah perkataan. Dari kiri ke kanan di bahagian atas, mengapa ia bermula dengan huruf Q,W,E,R,T,Y dan seterusnya.

Pernahkah awak terfikir mengapa huruf-hurufnya bercelaru? Kenapa tidak disusun mengikut turutan abjad seperti A,B,C,D,E,F,G dan seterusnya? Awak tahu tak, ada sebab mengapa huruf-huruf pada keyboard itu disusun berselerak. 


Image result for typewriterPapan kekunci pertama kali digunakan untuk mesin taip pada tahun 1868 yang dicipta oleh Christopher Latham Sholes. Ketika itu, papan kekunci yang dicipta Christopher menggunakan abjad ABCDE... dan bukannya QWERTY... seperti hari ini. Dengan susunan abjad yang betul, ia memudahkan para pengguna untuk mengetuk papan kekunci pada mesin taip. Waktu itu, huruf-huruf pada papan kekunci itu menggunakan tangkai yang apabila ditekan, ia akan mencetak huruf tersebut pada kertas yang dimasukkan ke dalam mesin taip tersebut. Oleh sebab minda para pengguna mesin taip memang sudah haal susunan abjad ABCDEFG.. maka kerja-kerja menaip jadi mudah dan cepat. Ia menjadikan orang menaip papan kekunci itu terlalu pantas hingga membuat tangkai-tangkai huruf pada mesin itu saling berhimpitan dan membuatnya selalu tersekat. Dan masalah ini yang selalu menyebabkan kerja menaip menjadi tergendala.

Kerana itu, seorang ilmuwan bernama E. Remington mencari idea dengan memperkenalkan kombinasi huruf QWERTY... Formula huruf ini pada papan kekunci dianggap sukar dan akan mengurangkan kelajuan tangan pengguna untuk menaip.

Ternyata formula Remington berjaya. Ia membuatkan pengguna agak lambat untuk menaip mengikut kombinasi baru itu, sekali gus mengurangkan kerosakan mesin taip ketika itu. Dan kombinasi itu terus kekal digunakan sehinggalah ke hari ini. Tapi rasanya kalu pengguna tue memang membuat kerja-kerja menaip saya rasa agak laju jugaklah dia menaip, contoh paling dekat ialah ummie saya... Sewaktu dia berkhidmat dalam sektor kerajaan, tugas ummie saya memang menaip sebagai jurutaip N11 sebelum  dinaikkan gred menjadi N17.. Jadi memang pantas giler ummie saya menaip, kalah anaknya.. Dengan kebolehan ummie saya tue, dalam satu hari ada lebih kurang 50 surat dia dapat siapkan...
Wow,hebatkan orang-orang lama... 

Jaa nee..
 
Share:

2 comments:

  1. oo ingatkan untuk mudah pergerakan jari

    ReplyDelete
  2. Ouhhh baru tahu tentang ni.
    Ingatkan untuk mudah kita bertaip

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧