✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, October 06, 2015

Salam Isnin... ^_^

Assalamualaikum... 

Wahh...Rasa lama betul saya tak update blog nie... Dari hari Khamis lagi saya sibuk dengan kursus dan keesokan harinya saya ambik cuti rehat... bukannya rehat sangat pun, secara dengan sengaja saya ambik cuti..

Ini kerana adik bongsu saya telah menamatkan latihan praktikal di Kuala Terengganu dan dia perlu kembali ke kolej pergigian di Georgetown, Penang untuk final exam.. 

Kami pegi ke sana pada hari Sabtu dan terus hantar dia masuk ke asrama dan kami berehat di Seberang Perai... Hari Ahad terus berdesup balik ke Sepang dan sempat singgah di Nilai 3 kerana adik2 dan ummie nak beli barang.. 

Alhamdulillah, dengan sokongan dari awak suma, GiftAway saya mendapat sambutan dan pada awak yang belum join lagi, sudi2kanlah join GiftAway saya yang sedang berlangsung sekarang sehingga 31 Oktober 2015...

Pada sahabat yang telah join, terima kasih diucapkan dan semoga tuah menyebelahi awak nanti... 

Semalam pun saya tak sempat nak update entri nama sahabat yang join GiftAway dan hari nie Alhamdulillah saya dah berjaya update ... Yeaay... 

Jaa nee... 
 

 
 
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧