Monday, November 09, 2015

Resipi Bubur Gandum

Assalamualaikum...Baru berkesempatan nak update... ^_^ Gomennasai minna-san... Saya sibuk sangat hari nie, walhal hari nie tak ramai staf yang datang kerja, disebabkan esok cuti Deepavali...Biasalah, bila ada cuti berselang sehari dari hari bekerja, mereka akan bercuti dan mengambil kesempatan untuk balik kampung, bercuti dan sebagainya...Apapun, hari nie saya nak berkongsi resipi sikit, boleh dikatakan resipi dari Terengganu..Sebenarnya, dah lama saya tak makan makanan nie, ntah kenapa hari Jumaat
lepas saya tiba2 teringin sangat2 nak makanan nie... Owhh, Jumaat lepas kan saya puasa, jadi mungkin sebab tue kot saya teringin...hihi

Taraa....Cuba teka apa nama makanan nie...?


Well, sebenarnya nie namanya bubur gandum.. Eiihh, bukan bubur biji gandum tue tau, nie lain....Nak tau resipi...?

Bahan-Bahan Utama
200gram tepung gandum
santan 500ml
2 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
*dua biji telur - pilihan
Sedikit tepung jagung

Cara Penyediaan
Mula2 awak bahagikan kepada dua bahagian tepung gandum, maknanya setiap satu mengandungi 100gram tepung, bancuh dengan air dan secubit garam, titikkan pewarna yang awak suka (macam saya hari tue, guna pewarna kuning dan satu lagi bekas tak letak warna) dan gaul sebati seperti nak buat cekodok / jemput2.. Kemudian awak panaskan air dan tunggu sehingga air menggelegak. Bila dah gelegak, awak gumpalkan dalam satu sudu kecil dan masukkan tepung tue dalam air menggelegak, kiranya awak merebus tepung tersebut... Tunggu sehingga tepung tersebut naik terapung dengan sendirinya...

Bila dah rebus kesemua tepung, dengan air rebusan yang sama, awak masukkan santan, daun pandan, garam dan gula... Manakala yang bertanda *pilihan tue, saya pecahkan dan pukul telur tersebut dan masukkan telur secara perlahan2 di dalam air rebusan.. Kemudian masukkan tepung rebus tue tadi dalam air rebusan tue dan tunggu hingga mendidih..tapi awak kena selalu mengacau kuah bubur nie tadi kerana takut santan jadi pecah dan tak cantik...lepas tue awak masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air bagi memekatkan kuah bubur.. Lepas tue, siap dihidangkan...


* Oh ya! Gula tue awak boleh perasakan samada nak manis atau sederhana manis...dan satu lagi, sebenarnya untuk melikatkan tepung tue, awak perlu campurkan sedikit air kapur, tapi masa tue saya takde kapur makan..hihi


Memandangkan masa tue saya tengah puasa, jadi yang menjadi tukang rasa masa tue adalah hubby... Kebetulan hubby saya tak pernah makan bubur gandum nie, jadi dia lah yang menghabiskan bubur tue...

Jaa nee..

dapurcengkih

9 comments:

  1. Hehehe...mesti sedap makan panas panas...kalau puasa bubur atau sup biasanya pembuka selera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kak PC...sebab masa tue teringat di zaman kecik, saya suka makan bubur gandum nie.. ^_^

      Delete
  2. hi sis ☺
    I'm newbie and please support me
    smartiesmoo.blogspot.kr

    ReplyDelete
  3. buat org yg tak pandai masak, ini sgt complicated ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, insha Allah, kalu ikut step yang betul, mesti boleh buat... =)

      Delete
  4. Lepas ni boleh la cuba bubur gndum ni;)

    Done follow #207

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... silakan mencubanya... =)

      Delete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧