Luahan hati seorang insan bernama ummie dan abi..!

Tuesday, November 17, 2015


Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit. Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

Anakku...
Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"ummie/abi pekak ke?",
"ummie/abi bisu ke? "
"tak dengar ker??"..
Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...

Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

Anakku...
Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih tak terhingga kerana mencintai aku....
Terima kasih tak terhingga kerana telah menjagaku...

Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..


Menjadi iktibar pada kita kalau masih ada ibubapa, kerana kita tak mahu diri kita atau anak-anak kita sentiasa berdosa dengan ibubapa kita atau ibubapa mereka.. Berbaktilah pada kedua ibu bapa kerana tanpa mereka siapalah kita, tanpa doa dan kasih sayang mereka, kita tak akan berpijak menjadi diri kita sekarang... Tanpa usaha dan keringat mereka dalam menjaga amanah Allah, kita takkan berada pada situasi kita sekarang... Hadiahkanlah mereka dengan Al-Fatihah berserta doa mewangi agar mereka mendapat perlindungan, rahmat dan keberkatan daripada Allah..

6 comments

  1. InshaAllah,mudah-mudahan anak-anak kita akan berjaya pd orgtuanya nanti.Amin

    ReplyDelete
  2. Sedihnyaaa :(
    btw, first time singgah sini :) salam kenal . Jemput datang rumah http://kimchaa.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. sedih lak.... harap anak2 kita tergolong anak soleh dan solehah.. amin

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧