✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, December 08, 2015

10 soalan dari blogger Misszyaroses...

Assalamualaikum wbt...

Well, saya nak ucap terima kasih kepada Misszyaroses kerana sudi tag nama saya untuk entri nie.. Ada 10 soalan yang diajukan oleh Misszyaroses pada saya dan Insha Allah saya akan cuba jawab sebaik mungkin (ahakkss berdebar plak).. hihi dah macam nak pegi interview kerja plak,kan... Soalannya adalah :-



1) Perkenalkan siapakah anda?
Nama yang diberi oleh abah dan ummie saya adalah Wan Nur Ashikin Binti Razali, umur 33 tahun dan sudah berumahtangga.. Anak sulung dari 5 orang adik beradik dan bekerja sebagai Pembantu Perpustakaan di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya.. 

2) Siapakah idola anda dan mengapa?
Sama seperti umat Islam yang lain, dah tentu Rasulullah kerana baginda adalah contoh yang terbaik bagi umat manusia, daripada segi akhlak, mental dan fizikal.. Tapi kalau pilihan di kalangan manusia biasa, saya memilih aktres Hollywood Angelina Jolie yang merupakan seorang duta PBB dan duta UNICEF.. Beliau tak gentar untuk pergi ke negara bergolak untuk melihat sendiri penderitaan rakyat negara tersebut, lebih2 lagi kanak2...

3) Ceritakan detik-detik pertama anda berjumpa dengan pasangan anda?
Wohoooo, soalan cepu intan berlian nie,rasanya first time jumpa dengan suami di KL Sentral, masa tue pelbagai perasaan yang timbul dalam kotak pemikiran...Yealah, sebelum nie kami hanya sembang melalui whatsapp dan wechat saja, kalu buat video call pun takde rasa malu sangat sebab tak berdepan antara satu sama lain... Kitorang tak pergi jauh pun dari KL Sentral tue, cuma makan2 kat Burger King, tapi masa tue la suami perhatikan gerak geri saya, hihi.. Kebanyakkan masa kami hanya merenung, menunduk malu, merenung balik pastu menunduk malu (so funny, isnt it..?) Agak lama kami berkeadaan sebegitu, barulah kami berbual sama seperti dalam telefon...


4) Tempat yang paling jauh anda pernah pergi?
Kalau pada zaman budak2 dulu, paling jauh adalah di Singapura kerana melawat sanak saudara di sana.. Tapi bila dah besar, paling jauh pun dekat negeri Perlis..

5) Kenapa anda menceburi dunia blog? 
Pada asalnya, saya dan sahabat saya a.k.a. ketua Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi JBPM ingin menubuhkan satu blog perpustakaan JBPM agar seiring dengan teknologi semasa..Tapi bila dah buat blog perpustakaan, minat untuk buat blog sendiri mula timbul, lantaran saya memang suka menulis diari, nie kira macam e-diari la... saya tak kisah kalu takde followers pun, sebabnya saya menganggap blog a.k.a jurnal nie adalah kisah kehidupan saya and that is why saya terjun kat dunia blog nie...


6) Pandangan anda mengenai blog saya?
Blog Misszyaroses nie memang kawaii, sesuai dengan tuan blognya dan kewanitaan dalam dirinya.. Warna pink memang menjadi kegemaran kebanyakan wanita dan Misszyaroses nie saya rasa mesti seorang peminat tegar Hello Kitty...hihi


7) Apakah yang anda belum capai dalam kehidupan?
Well, sama seperti umat Islam yang lain, saya teringin benar nak menunaikan umrah dan haji di Makkah Al-Mukarrammah serta menziarah makam Rasulullah di Madinah Al-Munawarah... Tapi apa yang saya inginkan adalah saya ingin pergi dengan seluruh ahli keluarga saya, Insha Allah...

8) Smartphone apa yang anda guna sekarang? Nyatakan sebabnya sekali.
Samsung Galaxy Tab 2, 7.0 inch... sebab masa tue, samsung galaxy tengah meletup2 di pasaran Malaysia.. Kiranya macam ikut perkembangan pasaran la...


9) Apakah masakan mak yang anda suka?

SEMUA masakan ummie saya suka, especially nasi minyak dan nasi dagang.. Oishii desu nee...

10) Apakah prinsip hidup anda?

" True love with the bless, true bless with Allah..."


okey, done for those questions... Hmmm... so apa kata giliran awak pulak untuk jawab 10 soalan saya...

1) Kenalkan diri awak
2) Impian awak yang masih belum tercapai?
3) Pencapaian yang terbaik dalam kehidupan awak?
4) Kalau awak ada RM8 juta, perkara pertama yang awak nak buat?
5) Pendapat awak tentang jurnal saya?
6) Masakan pertama yang pernah awak masak?
7) Apakah genre buku kegemaran awak dan kenapa awak suka genre tersebut?
8) Full time / part time blogger? Berapa kali dalam seminggu / sebulan awak update?
9) Siapakah blogger yang paling awak suka dan kenapa?
10) Sejak tahun bila awak masuk ke dunia blogger?



Siapa yea yang bertuah..? yeayyyy... Calon-calonnya adalah....
  
Kak Nurzakiah Hanum
CikLa Shahril
Nadratul Syazwana
Kak Ana Jingga
Ms Kejupenyet
Zizie Zack
Cik Katak
Miss Banu
Kasihku Amani
Fifi Fizah
Leya
Izyan Cinnamon


Jaa nee..

 

 
  
Share:

14 comments:

  1. terima kasih tag, nanti kan jawapan leya ye. hihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok sama2, hihi akak tunggu jawapan Leya... =D

      Delete
  2. Replies
    1. hihi, terima kasih kak.. hope akak boleh jawab soala saya sebab saya tag nama akak, ;)

      Delete
  3. tima kasih tag,insyaAllah nanty yan jwb hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2, hihi akak tunggu jawapan Izyan yea.. ;)

      Delete
  4. thanks sis tag kita.. huhuuu
    nanti dah jawab kiga infom ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, sama2, saya tunggu jawapan sis... =D

      Delete
  5. Amvoi! macam zaman peperiksaan pulak ya, menjawab soalan.

    ReplyDelete
  6. alahai akak...comelnya kisah akak dengan pasangan...
    ^_^

    ReplyDelete
  7. haii kak shikin .. saya mention akak kat sini http://cikpinky2704.blogspot.my/2015/12/10-soalan-from-misszyaroses-for-ladyana.html =)

    ReplyDelete
  8. Thanks Shikin tag Cikla.. InshaAllah Cikla jwb k semua soalan tu...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧