✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, December 22, 2015

Assalamualaikum, renungan pagi..


Semoga ALLAH swt hari ini beri kita satu waris yang amat bernilai dan berguna untuk panduan kepada taqwa kita iaitu llmu Agama ALLAH swt dan kita juga harap moga ALLAH swt beri kita perkerjaan yang terbaik untuk kita buat dengan yakin iaitu adab adab harian kita agar adab adab amal ini jika kita tidak buat akan buruklah akhlak hilanglah Taqwa dari diri kita sedangkan Taqwa lah sebaik baik bekalan kita.

Semoga ALLAH swt hari ini juga kayakan kita bukan dengan harta atau kemahiran dunia tapi kayakan kita dengan ibadah ibadah yang jalan ini adalah jalan sebenarnya. Moga moga amal soleh kita dulu hingga hari ini ALLAH jadi kan sebagai satu ikutan bagi zuriat dan keturunan kita hingga kiamat dan jadikan budi perketi kita sebagai kawan rapat harian kita agar ianya dapat mengwujudkan pembantu kita iaitu sabar dan kesabaran.

Semoga ALLAH swt beri kita sifat Qana'ah walau pun kita meskin dan faqir kerana ini tanda kesukaan ALLAH swt apatah lagi kekayaan yang meredupkan pandangan ALLAH swt serta segala Taufik yang kita dapat mohon agar ianya sebagai penolong kita untuk mudah beramal serta mudah kita dapat iktibar sebelum peringatan maut datang dan kita jadikan sebagai sebaik baik pengajaran kita.

Semoga ALLAH swt sentiasa maafkan kita dari segala perkara luar dan dalam dan mengampuni kita sepenuhnya dari dosa dosa dan syirik jihri dan khafi serta jua perkara yang sama ampunilah kedua ibubapa kita.

Mertua kita.
Keluarga kita.
Jiran jiran kita.
Sahabat andai kita.
Dan ummat seluruh alam.

Ya Rabb permudahkan dan luaskanlah rezeki kami dan bereskan urusan kami yang tak selesai dan termenggu selama ini melalui Rahmat mu ya Rabb

Aamiin
Aamiin
Aamiin


Share:

1 comment:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧