✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, December 15, 2015

Jawapan untuk 10 soalan dari #jmbelog



Assalamualaikum wbt..

Semalam saya ada tagged nama Jmbelog untuk menjawab soalan saya, kini

giliran saya pulak di tagged oleh beliau untuk menjawab soalan yang dikemukakan...

Amboii, ayat dikemukakan...

Dan soalannya adalah :-

1) Tentang diri anda
2) Negeri kelahiran anda
3) Apa selalu anda lakukan bila ada masaalah atau stress
4) Dari mana hadirnnya idea anda berblog
5) Bila mula berbelog
6) Pernah anda sambut hari lahir, hadiah istimewa yang pernah anda dapat
7) Bagaimana ciri-ciri seseorang untuk teman hidup anda
8) Ucapan istimewa yang pernah anda terima dari seseorang / sesiapa saja
9) Pendapat tentang blog JM
10) Berapa peratus layak untuk blog JM



1) Nama yang diberi oleh abah dan ummie saya adalah Wan Nur Ashikin Binti Razali, umur 33 tahun dan sudah berumahtangga.. Anak sulung dari 5 orang adik beradik dan bekerja sebagai Pembantu Perpustakaan di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya.. 
2) Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

3) Camne yea nak cakap, selalunya saya akan menangis dalam seketika, kemudian ambik air wuduk dan perasaan saya akan kembali tenang dan boleh berfikir secara rasional, sebab saya pernah dengar pakar psikologi kata, menangislah sepuas2nya kerana dengan menangis,perasaan stress akan hilang sedikit demi sedikit...

4) Sama jawapan saya sebelum nie, idea saya berblog bermula saya dan sahabat saya a.k.a. ketua Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi JBPM ingin menubuhkan satu blog perpustakaan JBPM agar seiring dengan teknologi semasa..Tapi bila dah buat blog perpustakaan, minat untuk buat blog sendiri mula timbul, lantaran saya memang suka menulis diari, nie kira macam e-diari la... saya tak kisah kalu takde followers pun, sebabnya saya menganggap blog a.k.a jurnal nie adalah kisah kehidupan saya and that is why saya terjun kat dunia blog nie... 
5) Saya mula berblog sejak tahun 2010.
6) Masa kecik dulu pernahlah sambut hari lahir bersama keluarga dan rakan-rakan, bila dah besar nie, takdelah sebesar suprise party, hihi.. Hadiah istimewa adalah sebuah jam tangan pemberian ummie saya, tapi malangnya, jam tue telah hilang semasa saya nak solat di sebuah surau...

7) hehehe soalan tue, suma ciri2 lelaki idaman ada pada suami saya...
8)  Ucapan istimewa..? hmmm kalu dari family, dah tentu ingin melihat kebahagiaan saya, kalu dari suami saya, "semoga perhubungan kita kekal hingga ke Jannah, Insha Allah.."
9) Blog JM nie saya rasa memang bagus kerana penuh dengan info keagamaan yang mungkin sesetengah orang tak tahu mengenainya... Syabas buat Jamil a.k.a. JM...
10) Amboii, ada permarkahan nampak.. hihi.. Okey, saya beri 95% untu blog JM.. 


 
Haa... tue sajalah jawapan saya untuk JM, hope dapat memuaskan hati blogger JM.. 

Jaa nee


Share:

2 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧