✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, December 22, 2015

Kenapa kita diuji..?



Ramai manusia yang mengeluh apabila ditimpakan ujian ke atas mereka. Mereka beranggapan bahawa ujian tersebut tidak pantas diberikan kepada mereka. Tapi berapa ramai yang mengingati Allah ketika senang ?

Apabila kita bermuhasabah kembali, tenyata sebenarnya dengan ujian yang diberi, kita merupakan hamba yang beruntung. Lihatlah sejarah, tidak ada seorang rasul yang senang lenang ketika menyampaikan risalah tauhid. Kesemua mereka diuji dengan bermacam-macam ujian. Sehingga ada yang terkorban dengan ujian yang diberikan oleh Allah.

Firman Allah :"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al Baqarah:214)

Tujuan Allah menguji kita adalah agar kita sentiasa mengingatiNya dan menyerah diri kepadaNya. Mungkin sahaja tanpa ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita akan membuatkan kita hanyut dan tersasar daripada landasan Islam yang murni. Apa yang perlu kita tahu adalah tingkatan ujian yang Allah berikan kepada kita tidaklah sampai ke tahap yang kita tidak mampu tanggung.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (Al-Baqarah:286)

Oleh itu, janganlah kita cepat mengeluh dengan ujian yang Allah berikan kepada kita."Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (Al-Ankabut:2)

Bersangka baiklah dengan Allah, Insha Allah setiap ujian yang kita lalui yang pada awalnya perit akan digantikan dengan kemanisan dan kelazatan iman. Apabila kita benar-benar menyedari hakikat ini, maka kita akan menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan segala ujian yang diberi.

Tidaklah Allah menguji setiap hambaNya melainkan Dia akan menggantikan dengan habuan yang lebih baik.


Share:

5 comments:

  1. Allah tak akan menguji hambanya lebih dr kemampuan mereka ^_^

    ReplyDelete
  2. @Diya Hanun : yea btul tue sis.. =)

    ReplyDelete
  3. Wajah baru ye shikin?? Ohsem..
    Betul ujian tu diberikan kerana mereka mampu menghadapinya... semoga kita semua sentiasa redha dan tabah melalui ujian Nya..

    ReplyDelete
  4. @Shahida Dzulkafli : Ha'ah kak, template yang lama dah hilang, sebab tue buat yang baru... yea btul kak..semoga kita semua diredhai oleh Allah.. =D

    ReplyDelete
  5. betul...ujian itu tanda Allah sayang...Dia rindu untuk mendegar luahan dari kita, hambaNya...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧