✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, December 10, 2015

#SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia.



Assalamualaikum wbt..

Segmen kali nie, lain pada yang lain, tapi saya tetap sokong segmen sahabat baru saya nie... Kalau awak nak join, dipersilakan klik pada banner di atas...

Tarikh tutup penyertaan :
30 Disember 2015

Segmen siapakah aku? 

Pada tahun 1982, lahirlah seorang puteri bernama Wan Nur Ashikin Binti Razali, a.k.a. Shikin Razali di Kuala Terengganu. Merupakan anak sulung daripada 5 beradik, bekerja di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia sebagai Pembantu Perpustakaan. Telah berkhidmat di sektor kerajaan selama hampir 13 tahun (Alhamdulillah..) dan jabatan nie merupakan jabatan ketiga saya berkhidmat.. Sebelum nie saya berkhidmat di Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia (HQ yang sebenar) dan Kolej Komuniti Kuala Terengganu. 

Sudah berumahtangga dan kini menetap di Salak Tinggi, Sepang bersama-sama dengan suami tercinta. Kami belum dikurniakan cahayamata tapi kami tetap optimis dan sentiasa berdoa agar rumahtangga kami diserikan dengan kehadiran si comel..

Saya seorang yang suka sangat makan kentang tapi bukan yang 'frozen' yea... Kalu saya beli yang frozen pun, saya cuma akan difrost dan masak di dalam microwave saja tanpa menggoreng dengan minyak... Sebab sebenarnya frozen fun fries tue dah digoreng sebelum di frozen, sebab tuelah kalori dan kolestrol dia terlalu tinggi... Kalu yang jenis buah tue, saya suka sangat buat salad ataupun buat mash potato... Makanan yang lain pun saya makan jugak, sama seperti awak suma, contohnya masakan Terengganu, dan lain-lain.. Saya juga seorang yang berdikari (chewaahhh), seorang yang manja (tapi bukan semua orang tau) dan seorang pemalu (yang nie memang selalu saya disalah anggap sebagai sombong)... Anak sulung dari 5 beradik dan mempunyai seorang anak saudara, yang lain coming soon...Seorang peminat tegar kucing (meow...meow...) yang mempunyai 4 ekor kucing sekarang [kalau dicampur dengan baka terdahulu 23 ekor kesemuanya]... Nama kucing ataupun 'askar wataniah' gelaran saya, Kecik, Lala, Lilu dan Lulu... Sebab saya panggil askar wataniah nie kerana mereka menjaga keamanan laman belakang dan tak dibenarkan seekor kucing pun lalu di laman belakang rumah saya...Jikalau ada di kalangan kucing lain yang melalui kawasan laman belakang, mereka akan mengejar kucing tersebut sampai di hujung taman perumahan saya, walaupun kucing tue kucing jantan...

Saya jugak peminat tegar siri kartun (memang macam kebudak-budakan), contohnya 
macam siri Doraemon, Sailor Moon, Shin Chan, Ultraman, Disney dan Detective Conan. Siri-siri nie memang ada dalam simpanan dan selalu menontonnya, kiranya tv Astro 
tak laku sangat di rumah, hanya suami saja yang menonton Astro, saya cuma menemani dia sahaja... 
  
Seorang peminat tegar filem seram, selalunya memang tengah malam tengok filem nie, baru ada feel, dan filem yang boleh menarik minat untuk ditonton...
    
  
Itulah cerita saya... Sekian, terima kasih...  
Share:

14 comments:

  1. Slmt bersegmen shikin... kita sebayalah.... hehee

    ReplyDelete
  2. kali pertama nampak segmen gini...nak usyar sat

    ReplyDelete
  3. hi, AI datang jengah. Moga, rezeki baby akan ada tidak lama lagi :)

    Suka kucing eh, sama lah. Mesti kenal dengan Jep si watever tu. hihi

    ReplyDelete
  4. holla sis shikin...kita jenguk dari segmen yang sama...

    ReplyDelete
  5. salam kenal shikin.Insyaallah, akan dtg rezeki baby nanti.amin2..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, saya singgah dari segmen yang sama :)

    http://ash-tsukidate.blogspot.my/2015/12/siapaaku-segmen-2015-kalia.html

    ReplyDelete
  7. Salam Shikin...

    wahhh suku jugak ye cite kartoon...akak pun suke...
    akak doakan moga Allah makbulkan doa kalian...ameen2

    Ramai mendoakannie..ameen...akak ameenkan k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, kak..hihi yea ke? wahh, tak sangka ada jugak yang minat macam saya.. =D

      Amin...amin.. amin ya rabbal alamin...

      Delete
  8. org salak tinggi lah. tak jauh. Btw sis, semoga Allah makbulkan doa sis(amin). Salam singgah dari segmen yang sama :D

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, saya singgah dari segmen yang sama :)

    http://wzalehawismail.blogspot.my/2015/12/siapaaku-segmen-2015-kalia.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, terima kasih kerana singgah di sini..

      Delete
  10. mom selalu tegur "dah besar pun tengok kartun lagi" haha . rupanya ada je orang macam ni . huhu . i should tell my mom this. hiks

    The Talking Diary

    ReplyDelete
  11. @Liyana : hihi bgtau jea, sebab saya pun salah sorang peminat tegar... =D

    ReplyDelete
  12. Singgah balas kunjungan akak :D

    http://theonlygirl98.blogspot.my/2015/12/siapaaku-segmen-2015-kalia.html

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧