✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, January 07, 2016

Fikir...

 
 
Kita sering fikir orang yang berniaga tu adalah kaya dan miliki banyak duit. Walhal sebenarnya dia mungkin kurang berada daripada si pembeli. Dalam dompet ada takat RM10 je. Anak-anak dirumah perlukan susu dan makanan. Kereta kena tarik sebab tak bayar 3 bulan. Gas dan bahan dapur tunggu masa je nak habis.

Siapa tahu? 

Peritnya dia berniaga tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Penat dah buat pemasaran sana-sini, sangkut. Kurang sales masuk. 

Kawan-kawan dan orang luar hanya nampak dia jual tu, ini, macam-macam. Makanya, seolah dia kelihatan peroleh duit banyak.

Namun orang tak tau betapa dia sangatlah survive nak sara hidup. Betapa dia resah gelisah. Betapa dia mungkin orang paling terdesak berbanding kita.
Dia mungkin orang yang paling kusut fikirkan cara mana lagi boleh diusahakan untuk dapat rezeki. 

"Sis, tak ada free postage ke?"
"Sis, takleh kurang lagi ke?" 

Orang kita aktif minta diskaun hatta produk tu murah. Bila makan pizza, KFC atau sewaktu dengannya, tak pulak minta diskaun. Walhal dia bersusah payah untuk sara kos hidupnya dengan bisnes tu, 

Bagi orang yang berniaga, perasan tak kawan lama selalu kata, "wah, dah kaya kan kau sekarang. Bila boleh belanja?"

Elak anggap orang tu senang hanya sebab kita lihat luaran kasar yang berlaku. Dan elak sesekali kita minta orang belanja. Sebaliknya kita lah yang tawarkan diri belanja orang.

*Nota Petikan 111 Formula Rezeki
RealitiYangMenggigit
www.formularezeki.com/hop.php?ref=SJE24k
Share:

1 comment:

  1. setuju akak, apakata kalo kita pikir utk buat something dulu utk orang...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧