✿Sahabatku✿

Follow

Friday, January 08, 2016

Muhasabah Hati..

 

KETIKA
Aku ingin hidup KAYA..
Aku lupa,
bahwa HIDUP itu sendiri adalah sebuah KEKAYAAN.

KETIKA..
Aku takut MEMBERI..
Aku lupa,
bahwa SEMUA yang aku miliki juga adalah PEMBERIAN.

KETIKA...
Aku ingin jadi yang TERKUAT...
Aku lupa,
bahwa dalam KELEMAHAN....
Tuhan memberikan aku KEKUATAN.

KETIKA...
Aku takut RUGI...
Aku lupa,
bahwa  HIDUPKU...
Adalah sebuah KEBERUNTUNGAN, kerana AnugerahNYA.

Ternyata hidup ini sangat indah...
ketika kita selalu BERSYUKUR kepadaNYA

BUKAN...
kerana hari ini INDAH kita BAHAGIA...
Tetapi kerana kita BAHAGIA...
maka hari ini menjadi INDAH.

BUKAN...
kerana tak ada RINTANGAN kita menjadi OPTIMIS...
Tetapi kerana kita OPTIMIS...
RINTANGAN akan menjadi tak terasa.

BUKAN...
kerana MUDAH kita YAKIN BOLEH...
Tetapi kerana kita YAKIN BOLEH...
semuanya menjadi MUDAH.

BUKAN...
kerana semua BAIK kita TERSENYUM...
Tetapi kerana kita TERSENYUM..
maka semua menjadi BAIK.
Tak ada hari yang MENYULITKAN kita, kecuali kita SENDIRI yang membuat SULIT.

BILA...
kita tidak dapat menjadi jalan besar..
cukuplah menjadi jalan setapak yang dapat dilalui orang.

BILA...
kita tidak dapat menjadi matahari...
cukuplah menjadi lampu yang dapat menerangi sekitar kita.

BILA...
kita tidak dapat berbuat sesuatu untuk seseorang.. Maka cukup dengan berdo'a untuk kebaikan.


Share:

6 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧