Monday, January 04, 2016

SEGMEN AWAK ORANG MANA?



Assalamualaikum wbt...

Well, di tahun baru nie, jom kita meriahkan segmen sahabat kita RRAI  kita nie, 
cuma klik pada banner untuk join.. oh ya.. tarikh tutupnya adalah pada :-

SEGMEN TAMAT 22 JANUARY 2016

Kod warna : #2AE073

Orang mana : Kuala Terengganu, Terengganu

Cerita tentang Kuala Terengganu.. Rasanya kebanyakan dari awak suma dah tau dekat mana Kedai Pasar Payang kan, rasanya tempat nie adalah tempat persinggahan yang WAJIB dikunjungi oleh pengunjung luar untuk membeli pelbagai barangan seperti keropok lekor, kain batik, kain sutera dan macam-macam lagi..

Kuala Terengganu memang terkenal dengan keenakan keropok lekornya, hinggakan bila tiba cuti perayaan yang panjang, pasti gerai keropok lekor menjadi tempat serbuan
ramai pengunjung.. Tak lupa jugak pada yang ingin merasai keenakan nasi dagang 
Terengganu yang sememangnya cara masakan agak berbeza dengan tempat lain...
 Awak pernah rasa tak makanan seperti satar, ikan/sotong celup tepung, ketupat sotong atau makanan tradisional Terengganu yang lain..? Dekat Kuala Terengganu awak akan jumpa pelbagai jenis makanan tradisional Terengganu yang mungkin awak
tak pernah dengar namanya atau tak pernah melihatnya.. 

Kalau bercerita tentang tempat pulak, rasanya awak suma pernah dengar tentang keindahan Masjid Kristal, Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man berhampiran Pulau Duyong, Kuala Terengganu...  Dan di situ jugak terbinanya pelbagai replika monumen masjid-masjid yang terindah di serata dunia dan memang tak rugi awak mengunjungi tempat itu..

 

Pulau Duyong pula terkenal dengan pembuatan bot-bot tradisional Terengganu, dan masih lagi diguna pakai oleh nelayan-nelayan di Terengganu.. Kalau awak nak tengok cara pembuatan bot-bot tradisional Terengganu, bolehlah berkunjung di Pulau Duyong ini, dan jangan terperanjat jika awak dimaklumkan bahawa ada tempahan daripada luar negara dan mencecah puluhan ribu ringgit setiap satu bot...



 Hihi, oppss..alamak, banyak pulak saya berceloteh, sorry.. Kalau nak bercuti ke mana-mana apa kata awak masukkan list nama Kuala Terengganu dalam senarai awak sebab kalau nak cerita tentang Kuala Terengganu memang tak habis...

Selamat bersegmen semua..! 

10 comments:

  1. @Nurzakiah Hanum : Terima kasih kak.. =D

    ReplyDelete
  2. Singgah balas segmen.Selamat berkenalan :)

    http://fitri1986.blogspot.com/2016/01/segmen-awak-orang-mana.html

    ReplyDelete
  3. belum pernah sampai lagi ke terengganu.. InShaaAllah, one day.. hee selamat bersegmen!

    ReplyDelete
  4. salam kenal.. selamat bersegmen :)

    ReplyDelete
  5. wow... best gak tganu... dh lama sgt akak tak pg sana...

    ReplyDelete
  6. Hai kaa SHIKIN , yana balas kunjungan dr segmen yg sama . Ohh org ganu rupa nya .. ツ

    ReplyDelete
  7. Hai kaa SHIKIN , yana balas kunjungan dr segmen yg sama . Ohh org ganu rupa nya .. ツ

    ReplyDelete
  8. Hi qila singgah dari segmen sama hehe.
    Wah kak oghe ganu ko. Haha qilah kelate :p eh tak tak. Haha. Kg je kelate.
    Qila orang Gombak btw huhu.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧