✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, February 17, 2016

Rahsia seguni padi

 

Tadi masa dok baca majalah mastika, saya tertarik dengan satu kisah yang begitu dekat dengan masyarakat kita, iaitu hubungan adik beradik. Kisah nie menceritakan dua orang adik beradik di mana si abang telah berkawin dan ada tiga orang anak manakala si adik adalah seorang bujang..Kedua orang adik beradik nie mengusahakan sawah padi
peninggalan orang tua mereka. Satu malam masa duduk seorang diri, si adik berfikir tentang pemberian bahagian padi antara dirinya dan si abang. Dia merasakan yang ianya tak adil bagi abangnya kerana abangnya menyara keluarga sedangkan dirinya masih bujang. Lalu si adik secara senyap-senyap hantar seguni padi dan diletakkan di tempat simpanan padi si abang. 

Tanpa si adik sedar, abangnya jugak berfikiran sama dengan adiknya, dalam fikirannya berkata adiknya hidup berseorangan, jika terjadi apa-apa pada dengannya, tiada sapa yang akan menguruskannya sedangkan si abang mempunyai isteri dan anak-anak yang membantu, jadi sepatutnya si adik yang mendapat lebih banyak bahagian padi berbanding dirinya. Si abang juga secara senyap-senyap hantar seguni padi ke tempat simpanan padi adiknya. 

Perkara nie berlanjutan bertahun-tahun tanpa kedua beradik nie sedar cuma mereka tertanya-tanya mengapa tempat simpanan padi mereka tak pernah berkurangan sedangkan mereka menghantar seguni padi kepada saudara kandung mereka. Hinggalah satu hari kedua beradik nie terserempak sewaktu nak hantar seguni padi ke tempat simpanan padi saudara kandung. Dan terjawablah persoalan yang selama ini mereka tertanya-tanya dan mereka saling bertangisan dan sedar mereka saling menyayangi antara satu sama lain tanpa memikirkan bahagian mereka berkurangan demi untuk saudara sendiri...

 
 Yea.. masa kita kecik, hubungan kita dengan adik beradik sememangnya rapat malah boleh dikatakan sebagai best friend kita, tapi bila meningkat dewasa, kita semakin kurangbermesra dengan adik beradik kita, dan perasaan sayang semakin kurang bila
kita mempunyai keluarga sendiri, malah ianya menjadi lebih teruk jika 
isu pembahagian harta dibangkitkan.. 

Di zaman sekarang, hartalah yang selalu membawa pertengkaran di kalangan adik 
beradik malah sanggup memutuskan silaturahhim, berdendam, bercakaran dan 
yang paling teruk adalah menghantar benda-benda syirik kepada saudara 
kandung.. Ini bukannya cerita dalam drama atau filem TAPI ITU ADALAH HAKIKAT
SEBENARNYA DI ZAMAN INI... 

Mereka seolah-olah telah lupa di ingatan bahawa mereka berkongsi darah yang 
 sama, lupa yang mereka pernah berkongsi rahim yang sama, lupa yang mereka pernah bersusah dan bersenang sama-sama di masa kecik, lupa tentang perkongsian kehidupan semasa mereka kecik dan PALING MEREKA LUPA DI INGATAN ADALAH ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA DALAM KEHIDUPAN MEREKA... 

Hubungan adik beradik takkan terpisah hingga ke akhir hayat kita, jadi 
kenapa di zaman sekarang dek kerana harta, kita bercakaran antara satu sama lain..
Kalau hanya kita saja yang buat dosa, takpelah jugak tapi kita telah heret ahli 
keluarga kita yang lain untuk saling membenci,  dan membuatkan
ahli keluarga yang yang turut berdosa seperti kita..

Tapi itulah hakikat sebenar di akhir zaman ini..
Betul tak..? 
maafkan saya andainya ianya tak betul.. 

 

Share:

2 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧