✿Sahabatku✿

Follow

Sunday, April 03, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur KEMBALI LAGI..!!

 

 Dah bersawang rupanya jurnal saya nie kan... hihi...maaf lah yea, sebab kebelakangan nie saya sibuk dengan amalan 5s di opis, dengan berjawatan setiausaha dan auditor sekaligus...wahhh tamak kan dengan jawatan tue, tapi pihak atasan yang calonkan nama saya... errr..

Anyway, hari nie saya nak share dengan awak semua tentang pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur dan ianya ada kelainan sikit..Selalunya pesta buku nie akan diadakan di PWTC tapi pada tahun nie buat julung kalinya pesta buku akan diadakan di Maeps Serdang... 


Pesta buku ini akan diadakan pada 29 April hingga 9 Mei 2016 nie, jadi awak suma jangan lepaskan peluang untuk pergi borong bahan ilmiah banyak2... Bas shuttle pun akan disediakan untuk ke sana jika awak suma taknak bawak kereta... Servis shuttle bas akan disediakan dari 4 laluan utama;

Laluan 1: KTM Serdang – MAEPS – KTM Serdang

Laluan 2: LRT Bukit Jalil – MAEPS – LRT Bukit Jalil

Laluan 3: ERL Putrajaya – MAEPS – ERL Putrajaya

Laluan 4: IOI City Mall Putrajaya – MAEPS – IOI City Mall Putrajaya

Semua bas dari setiap laluan akan beroperasi dari 9.30 pagi – 9.30 malam setiap hari semasa hujung minggu dan 9.30 pagi – 8 malam semasa hari bekerja. Kekerapan bas adalah 15-20 minit.

Tambang minimun RM1 akan dikenakan untuk laluan tersebut. Namun, pengunjung yang menggunakan KTM, LRT & ERL akan menaiki shuttle bas PERCUMA bagi setiap pembelian pakej tiket ke MAEPS semasa Pesta Buku berlangsung di kaunter stesen KTM, LRT & ERL yang terlibat.

Bagi pengunjung atau penduduk Putrajaya & Cyberjaya yang ingin ke MAEPS, anda boleh menggunakan bas laluan 506 dengan tambang normal RM 1.50. Semasa PBAKL 2016, bas tersebut akan masuk ke MAEPS...
Saya pun memang bercadang akan ke sana untuk membeli bahan ilmiah kegemaran saya... 


Jaa nee..


Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧