✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, May 12, 2016

Review filem Hachi : A Dog's Tale



Assalamualaikum wbt..

Al-Hamdulillah, sekali lagi kita diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah yang indah ini dan seharusnya kita bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati nikmat yang Allah berikan pada kita.. Hanya tinggal beberapa minggu saja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, so mana-mana yang belum berganti puasa, faham-faham sendiri sajalah yea! Tapi bulan Syaaban janganlah kita lupa untuk berpuasa sunat..

Hari nie saya nak bercerita tentang satu filem yang cukup menyayat hati saya.. Tajuk filem nie adalah Hachi : A Dogs Tale Tentu ada di kalangan awak suma penah dengar tentang seekor anjing bernama Hachiko yang setia menunggu tuannya walaupun setelah tuannya meninggal dunia, tapi Hachiko tetap menunggu tuannya balik di stesen keretapi


Filem nie adalah berdasarkan kisah benar, bagaimana seekor anjing yang setia menunggu tuan dia balik daripada kerja.. Tepat pada pukul 5.00 petang, Hachi akan berjalan ke stesen keretapi untuk menunggu tuan dia balik.. Sehinggalah satu hari tuan Hachi mengalami sakit jantung dan meninggal dunia tapi Hachi tetap menunggu beliau setiap hari walaupun dia mengetahui tuannya dah meninggal dunia.. Selama 10 tahun dia berulang alik daripada rumah ke stesen keretapi sehinggalah Hachi menhembuskan nafasnya yang terakhir..

Disebabkan setianya Hachiko pada tuannya penduduk di situ berpakat untuk membuat memorial pada Hachiko di stesen keretapi, tepat pada tempat Hachi selalu duduk menunggu tuannya..


Filem nie memang sesuai ditonton oleh seisi keluarga, dan memang sedih dan mengalir airmata bila tengok kesetiaan seekor anjing pada tuannya.. Nanti awak cubalah tonton filem nie dan awak akan dapat merasai sendiri kesedihan yang sama seperti saya..

Bila tengok filem nie, saya teringat pulak tentang kucing saya yang mati di bahagian dapur.. Selalunya orang-orang tua berkata, kucing rumah takkan mati di depan tuannya sebab tak mahu tuannya sedih dengan kematiannya, tapi kucing saya seakan-akan tak mahu berpisah dengan saya, akhirnya mati di pangkuan saya.. Sampai sekarang saya masih merasai kehadiran kucing saya tue, sebab dia antara kucing yang paling istimewa di hati saya.. Walaupun kucing saya tue boleh dikatakan seekor survival kerana dia melawan segala penyakit pada dirinya tapi dia tetap menggagahkan diri untuk meneruskan kehidupan sehinggalah nafasnya yang terakhir..

Okey, jaa nee…


Share:

2 comments:

  1. aa, mek ade kongsi real story Hachiko ni kat blog mek. memang setia anjing ni. Binatang bleh setia, kita manusia jarang nk ade .. :)

    ReplyDelete
  2. tq akak..lama dah saya cari drama ni..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧