✿Sahabatku✿

Follow

Monday, August 29, 2016

Akhirnya drama bersiri kebombaan "Hero" akan ditayangkan..


Assalamualaikum wbt..

Haa.. Awak ingat lagi tak entri saya yang nie? Ala, pasal drama bersiri kebombaan bertajuk "Hero"..? Ianya akan mula ditayangkan pada 5 September 2016 di TV2 pada jam 9 malam.. 

So pada yang sapa2 yang minat pada pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Anne Ngasri, Rushdi Ramli, Tiz Zaqyah dan Fezrul Khan bolehlah menonton siri nie.. 

Alhamdulillah, sekurang2nya ada jugak penerbit yang sudi menerbitkan drama mengenai anggota bomba, yealah.., kebanyakan kita semua tahu tugas utama anggota bomba adalah memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa lemas atau kemalangan, tapi sebenarnya skop bidang kebombaan nie terlalu luas...

Melalui drama nie jugak memaparkan bagaimana anggota bomba bersiap siaga demi kesejahteraan rakyat, sedia berkorban demi menyelamatkan nyawa dan harta benda...  


Jom kita ramai2 tengok drama bersiri kebombaan nie.. 

Share:

1 comment:

  1. kan. bagus ketengahkan bomba pulak. asyik polis je

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧